mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Waktu rehat dalam bulan Ramadan dan pantang larang pengurusan masjid

Pantang larang pengurusan masjid

Harap wakil-wakil jabatan agama yang terbaca apa yang saya tulis dapat memberikan penjelasan.

Saya juga memohon 
dipanjangkan persoalan saya berkenaan pengurusan masjid di Malaysia ini kepada pihak berkenaan.

1. Masjid adalah satu kemudahan wakaf. Kemudahan-kemudahan yang ada bukan hanya untuk bersolat malah lebih lagi terutama dalam menarik jemaah mengimarahkannya.

Malah, orang kafir juga dibenarkan tumpang guna kemudahan-kemudahan yang ada sebagai teknik dakwah.

Teduhan, tandas, taman dan tempat-tempat selain ruang solat sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan Allah.

Malangnya, ada yang dikunci kerana bimbang barangan dicuri.

Sampaikan pagar untuk masuk parkir pun dikunci, kena panjat untuk tumpang solat atau guna tandas.

2. Larangan mandi di masjid. Ini tidak masuk akal, bersuci adalah tuntutan Islam. Syarat sah solat.

Bagaimanakah seseorang yang berhadas besar ingin menunaikan solat jika masjid melarang jemaah mandi di masjid walaupun bilik mandi dibina dengan duit wakaf?

3. Larangan penggunaan sebarang kasut termasuk selipar tandas.

Disyaratkan berkaki ayam dalam tandas masjid-masjid tertentu, kebanyakannya di Selangor.

Mana lebih suci, tanah yang mengotori lantai tandas atau najis yang tempias ke lantai tandas?

Sekian persoalan-persoalan saya. - Mohd Ghazali Shariff Pudin Utusan Malaysia Rencana Agama 16 Jun 2015



Hadkan waktu rehat dalam bulan Ramadan

Seperti mana yang kita semua maklum, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan beberapa hari lagi.

-Sebagaimana kebiasaannya, umat Islam termasuk di Malaysia akan mempersiapkan diri untuk menempuhi bulan Ramadan ini dengan lancar dan teratur.

Ingin saya nyatakan di sini, sebahagian besar dari kita tetap bekerja mencari rezeki seperti mana biasa di bulan Ramadan ini tidak kira sama ada berkerja sendiri mahupun bergaji tetap.

Sebagaimana yang kita maklum, penjawat awam akan datang bertugas berdasarkan waktu anjal secara tiga peringkat. Secara keseluruhannya, pejabat kerajaan akan beroperasi bermula 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Di sini saya ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam agar dapat melakukan sedikit perubahan waktu bekerja terutamanya bagi kakitangan awam.

Saya mencadangkan agar waktu rehat bagi pejabat awam dipendekkan setengah jam dari waktu biasa untuk tempoh bulan Ramadan sahaja dan membolehkan pejabat kerajaan ditutup lebih awal iaitu pada pukul 5 petang.

Waktu rehat yang sedia ada bermula pada pukul 1 petang hingga 2 petang (Isnin-Khamis) manakala 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat).

Saya mencadangkan waktu rehat Isnin-Khamis dipendekkan menjadi dari pukul 1 petang hingga pukul 1.30 petang 
sahaja sementara pada hari Jumaat pula dipendekkan kepada pukul 12.30 petang hingga 2.30 petang.

Secara keseluruhannya pejabat-pejabat kerajaan akan di buka bermula 7.30 pagi sehingga 5 petang pada bulan Ramadan ini.

Keadaan ini akan memudahkan penjawat awam untuk memberi tumpuan lebih kepada persediaan untuk berbuka puasa bersama keluarga, mempersiapkan diri untuk menunaikan solat tarawih dan menumpukan lebih kepada ibadah-ibadah yang lain.

Saranan ini selari dengan dengan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitternya agar kita lebih menumpukan kepada persiapan untuk menyambut Ramadan yang penuh barakah ini, di mana Allah SWT telah menjanjikan pahala amal ibadah kita akan dilipatgandakan.   - Red Antz Gombak, Selangor Utusan Malaysia Rencana Agama 16 Jun 2015


Tags: masjid, ramadhan
Subscribe

Posts from This Journal “masjid” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments