mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Imam lupa rakaat, apa makmum perlu buat?

Baru-baru ini, semasa saya solat Isyak secara berjemaah sebelum solat sunat tarawih, pada rakaat ketiga, selepas sujud imam terus melakukan tahayat akhir dan beri salam. Pada fikiran saya, mungkin imam terlupa. Tapi tiga perkara berlaku pada makmum.

a) Ada mengikut bersama imam terus sujud dan tahayat akhir dan memberi salam pada rakaat ketiga.

b) Semasa imam tahayat akhir pada rakaat ketiga, ada jemaah berdiri buat rakaat keempat.

c) Selepas imam memberi salam dan berdoa, ada jemaah bangun dan solat Isyak.

Yang mana satu betul? Makmum Tarawih, 
Kuala Lumpur.

UKE: Bagi imam yang tidak menyedari tentang rakaat tersebut, maka solatnya sah. Jika diperingatkan yang dia belum cukup rakaat selepas habis salam, maka dia boleh bangun mencukupkan bilangan yang tidak cukup dengan syarat tidak ada pergerakan dan percakapan yang banyak.

Bagi makmum yang sedar kesilapan imam, hendaklah dia menegur imam dengan sebutan subhanallah dan boleh mufaraqah dan meneruskan solat. Tidak sah solat makmum yang mengetahui rakaat tidak cukup dan wajib ulang solatnya.

Tags: imam, solat
Subscribe

Posts from This Journal “imam” Tag

  • Imam & muazin perlu kredibiliti, sahsiah unggul

    SABDA Nabi Muhammad SAW: "Seorang imam adalah penjamin dan muazin adalah orang yang diamanahkan." Rasulullah SAW mendoakan: Ya ALLAH,…

  • Imam perlu kuasai pelbagai ilmu

    Bertugas lebih profesional, bukan sekadar imam solat Salah seorang peserta membaca khutbah dalam sesi amali Kursus Imam Profesional di…

  • Jangan lari tinggalkan imam

    RAMADAN amat pantas berlalu. Hari ini kita sudah berada pada 16 Ramadan. Bermakna telah separuh Ramadan meninggalkan kita. Hanya berbaki 13 atau 14…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments