mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Ramadhan Dihayati, Syawal Diberkati

Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat 10 Julai 2015M/ 23 Ramadhan 1436H JAWI

Ramadhan Dihayati, Syawal Diberkati

10 hari terakhir Ramadhan merupakan saat-saat yang amat dinantikan oleh orang-orang yang beriman.

Ini sebagaimana yang difirmankan Allah SWT melalui Surah Al-Qadr, ayat 1-5 sebagaimana yang dibacakan pada permulaan khutbah tadi yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al-Quran ) ini pada malam al-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Malam alQadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditaqdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

Rasulullah SAW menerusi hadis yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari daripada Saidatina Aisyah RA :Bermaksud : “Carilah Malam al-Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan”

Di samping beribadah, banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT supaya diberi pengampunan atas segala dosa yang telah lalu serta beri’tikaflah di masjid kerana ia adalah sunnah yang sangat dituntut.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita memasuki gerbang Syawal yang sangat dinanti-nantikan. Menurut statistik kemalangan yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman bermula Januari 2015 hingga Jun 2015 mencatatkan sejumlah 240,703 kemalangan, 3,010 kes kemalangan maut dan 3,252 kes kematian. Manakala statistik kemalangan yang dikeluarkan semasa Op Selamat 5/2014 pula mencatatkan sejumlah 18,484 kemalangan, 217 kes kemalangan maut dan 237 kes kematian.

Mimbar ingin menyarankan beberapa perkara penting yang wajar diberikan perhatian sebagai panduan kita bersama, antaranya :

Pertama: Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa serta pastikan faktor-faktor keselamatan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan jauh.

Kedua: Rancang perjalanan dengan baik. Pilihlah waktu yang sesuai dengan keadaan mental dan fizikal kita.

Ketiga: Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan kerana kebiasaannya tempattempat tersebut adalah tempat berkemungkinan boleh berlakunya kemalangan. Perhatikan juga setiap papan tanda yang disediakan supaya kita lebih berwaspada dengan keadaan jalan raya atau lebuh raya yang dilalui.

Keempat: Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong dan memotong. Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat supaya kenderaan kita mempunyai jarak yang sesuai untuk berhenti jika berlaku brek kecemasan.

Kelima: Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Amalkanlah sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

Keenam: Tidak memandu terlalu laju dan tidak terlalu perlahan sehingga membahayakan diri dan mengganggu pemandu lain.

Ingat , jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan atau perkuburan. Nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Hayati firman Allah SWT di dalam surah al-Furqan ayat 63 : Bermaksud : “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

” Ingatlah bahawa sifat sabar itu akan menjadi sinaran kepada orang-orang beriman. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan hadis daripada Abu Malik al-Asy’ari RA : ُ ِضيَاء وَال َّ صبْر Bermaksud : “Dan Sabar itu adalah sinaran...”

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah kita menghayati beberapa kesimpulan yang dapat dijadikan pengajaran kita bersama:

Pertama : Hidupkanlah malam-malam terakhir Ramadhan dengan menggandakan ibadah kepada Allah SWT, memperbanyakkan doa, beriktikaf serta bersungguhsungguh bertaubat. Semoga kita dipertemukan dengan malam al-Qadar.

Kedua : Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah dan mementingkan keselamatan diri sendiri, keluarga dan pengguna-pengguna lain serta berakhlaklah semasa di jalan raya.

Ketiga : Sumbangkanlah walaupun sedikit dari harta yang kita miliki kepada mereka yang memerlukan terutama saudara-saudara seakidah kita di bumi Palestin dan negara-negara lain.

Sebagai penutup, hayati Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 51: Bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”

Wallahualam.
Tags: khutbah, ramadhan, syawal
Subscribe

Posts from This Journal “syawal” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments