mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Aidilfitri ~ Kemenangan Yang Diraih

Sedutan Petikan Khutbah Aidilfitri (17 Julai 2015M/ 1 Syawal 1436H ) JAWI

Kemenangan Yang Diraih

Pada hari yang mulia ini, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri. Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah SWT atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang. Melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan secara spritual. Ini kerana ia adalah puncak kemenangan manusia dalam peperangan antara akal dan nafsunya, ia adalah hadiah daripada Allah SWT selepas sebulan umat Islam menyerahkan jiwa raga mereka kepadaNya.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan Abu Dawud Rahimahullah daripada Anas bin Malik RA : ونَ فِيهِمَا فَقَا َل مَا هَذَ ُ ُْم يَوْمَا ِن يلَْعَب عَلَيْهِ وَ َسَّل مَ الْمَدِينَةَ وَلَه ُ َّ ه َصلَّ ى الل َّ هِ ل الل انِ الْي َوْمَانِ ُ سو قَدِمَ رَ ُ عَلَيْهِ وَ َسَّل مَِإ ُ َّ ه َصلَّ ى الل َّ هِ ل الل قَْد َأبْدَل َكُ ْم بِهِمَا ُ سو ب فِيهِمَا فِي ا ْلجاَهِلَِّي ةِ فَقَا َل رَ ُ َُّن ا نلَْعَ ُ وا ك ُ قَال َ َّ ه َّ ن الل مَا يَوْمَ ا ْلَأ ْضحَى وَيَوْمَ الْفِ ْطرِ ُ ا مِْنه ً خَيْر Bermaksud : “Rasulullah SAW ketika datang ke Madinah dan mendapati mereka (penduduk Madinah) mempunya dua hari untuk bersenang-senang dan bergembira maka baginda bertanya : Apakah dua hari ini? Mereka menjawab : Kami menjadikan dua hari ini untuk kami bersenang-senang dan bermain-main ketika zaman jahiliyyah. Maka sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari yang lebih baik untuk dirayakan, itulah hari ‘adiiladha dan hari ‘aidilfitri.”

Islam telah mensyariatkan agar kita semua memulakan hari raya dengan melaksanakan solat sunat hari raya yang mana terdapat di dalamnya ucapan-ucapan syukur, zikir, takbir dan doa. Islam juga menekankan aspek Istiqamah dalam Ibadah sekalipun dalam suasana gembira.

Firman Allah dalam surah al-Jin, ayat 16.  Maksudnya : “(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.”

Islam menganjurkan umatnya agar memupuk perasaan kasih mesra antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat yang ada di sekeliling kita tanpa mengira pangkat dan usia.

Islam juga mengingatkan kita supaya sentiasa berjimat cermat dengan mewujudkan sifat berhemah dalam berbelanja agar jangan pula nanti selepas hari raya ini, kita dibebani dengan hutang yang banyak dan menyulitkan untuk membayarnya. Ini akibat dari sikap kita yang suka berlebih-lebihan dalam berbelanja. Sesungguhnya pemborosan itu amalan syaitan. Seperti yang disebut dalam Surah Al-Isra’ ayat 27: Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhan

1 Syawal adalah detik kebenaran mengalahkan kebatilan. Saat kebaikan mengatasi kejahatan. Takbir raya bukan untuk mengimbau keindahan kampung halaman, wajah orang yang dirindu dan disayang, kerana lafaz Allahu Akbar, membawa pengertian Allah Maha Besar.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 7:  Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.

Wallahualam.
Tags: aidilfitri, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “aidilfitri” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments