mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Indahnya Berjemaah

Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat  24 Julai 2015M/ 8 Syawal 1436H JAWI

Indahnya Berjemaah

Perbuatan maksiat melahirkan maksiat yang lain. Setiap kali apabila azan dilaungkan di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabawi, penuh rasa kekaguman kepada umat ini. Jutaan manusia pelbagai Negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya, dengan pelbagai gaya bergegas menuju ke Masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan membina kekuatan serta tamadun umat. Ianya melambangkan kemesraan, kerahmatan, kesatuan serta dapat mendidik manusia untuk berdisiplin di samping menghidupkan dan mengimarahkan Rumah Allah.

Firman Allah SWT yang dibacakan pada permulaan khutbah tadi yang bermaksud: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifatsifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”

Berkata Dr. Yusof Al Qardawi di dalam bukunya “Ibadah fil Islam”: “Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid, menjadikan masjid tempat yang amat penting dalam Islam dan kehidupan muslim. Masjid Nabi adalah madrasah dakwah, demikian juga ianya adalah pejabat kerajaan. Masjid juga adalah tempat memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir dan menyebarkan berita-berita yang amat penting untuk masyarakat.”

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang Allah SWT sediakan kepada mereka yang melakukan solat berjemaah di surau atau masjid.

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidina Uthman Bin Affan RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Sesiapa yang berwuduk untuk menunaikan solat, lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid untuk solat fardhu, kemudian dia pun solat bersama-sama dengan orang ramai, atau berjemaah atau melakukannya di dalam masjid, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya”.

Antara usaha yang patut diberi perhatian untuk menggalakkan solat berjemaah adalah seperti berikut:

Pertama: Memulakan amalan berjemaah daripada rumah

Rasulullah SAW dan ganjaran yang disediakan Allah SWT sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: وا عَلَيْ ُِ لَا ْستَ ُ واِإَّل ا َأ ْن يَْستَهِم ُ َُّم لَْم َيجِد وَال َّ ص ِف ا ْلَأَّو ِل ث ِ س مَا فِي الن ِدَاء ه َمُوا. وَل َوْ ي َعْل َم ُونَ مَا ُ الَّن ا ُ لَوْ يَعْلَم ُ ِح لََأتَوْه ُ صبْ م َا وَل َوْ حَبْوًا ونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَال ُ واِإلَيْ ُِ وَلَوْ يَعْلَم ُ فِي الَّت هْ ِجيرِ لَا ْستَبَق Maksudnya: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Jika manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan merangkak ”

Kedua: Menjadikan Surau atau masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam

Ketiga: Menyedarkan diri dan masyarakat tentang kehebatan solat berjemaah

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin kembali menyedarkan para Jemaah sekalian kepada beberapa perkara:

Pertama: Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan membina kekuatan serta tamadun umat. Ianya melambangkan kemesraan, kerahmatan, kesatuan serta mendidik manusia untuk berdisiplin

Kedua: Pelbagai ganjaran dan kelebihan di dunia dan akhirat yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukan solat berjemaah di surau atau masjid.

Ketiga: Pembangunan institusi solat berjemaah ini bermula daripada mendidik rohani dengan berjemaah, dan mengembalikan peranan surau atau masjid sebagai pusat umat Islam. Dengan ini, umat Islam akan menjadi umat contoh yang terbaik dan ikutan umat yang lain.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 143: Maksudnya: “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia”

Wallahualam.
Tags: jemaah, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “jemaah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments