mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Merdekakah Kita

Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat 28 Ogos 2015M/ 13 Zulkaedah 1436H - JAWI

"Merdekakah Kita"

Kemerdekaan adalah pembebasan daripada penjajahan dan ikatan.

Dalam Islam, kemerdekaan itu suci maknanya. Islam itu sendiri membawa erti kesejahteraan, kedamaian dan keamanan.

Seorang Muslim yang merdeka adalah seorang Muslim yang bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah SWT.

Menyahut seruan Allah SWT melalui firmanNya dalam Surah Al-Isra’ ayat 70:Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Sambutan kemerdekaan sebagai seorang Muslim harus diisi dengan lebih banyak acara kesyukuran atas nikmat kemerdekaan kurniaan Ilahi. Usah lena dibuai mimpi dan hiburan tiada henti.Ayuh bangkit membela nasib pertiwi. Usah bongkak pada yang Maha Memberi. Turutilah resmi padi, kian tunduk pabila berisi. Moga Allah memberkati…

Imam Ahmad meriwayatkan daripada An Nu’man bin Basyir RA, Nabi SAW. Bersabda: رِ الْقَلِي َل لَمْ ي َشْكُرِ ال ْكَثِيرَ مَ ْن لَْم يَْشكُ Bermaksud : “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.

Penjajahan era baru datang bersama sesuatu yang menggembirakan atau melalaikan kita. Liberalisasi dalam teknologi komunikasi terutamanya kelonggaran kawalan isi kandungan dalam media elektronik menyumbang kepada penjajahan budaya dalam bentuk baru.

Laman-laman sosial telah dibudayakan sedemikian rupa dan penjajahan budaya telah berjaya apabila penyebaran maklumat palsu, fitnah, caci maki serta penentangan terhadap pemerintah berlaku secara membuta tuli tanpa usul periksa.

Peringatan Allah SWT melalui firmanNya dalam Surah Al-A’raf ayat 3 : Bermaksud: “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpinpemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

Hayatilah kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah pada hari yang mulia ini:

Pertama : Kemerdekaan yang sebenar bukan hanya perlu diingati dan disambut, tetapi perlu difahami dan dihayati;

Kedua : Penjajahan secara moden merangkumi penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, penjajahan sosial dan penjajahan minda;

Ketiga : Erti kemerdekaan yang hakiki ialah dengan mensyukuri nikmat kemerdekaan kurniaan Allah SWT ini dan berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan kedaulatannya daripada sebarang ancaman dan anasir yang tidak baik.

Renungkanlah firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 96: Bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.

Wallahualam.
Tags: merdeka
Subscribe

Posts from This Journal “merdeka” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments