mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Jadi, di mana Allah?

“Abah, Allah kat mana ye?” Kalau anda dilontarkan dengan soalan demikian, apa jawapan yang akan diberikan? Di langit? Kalau di langit, kenapa Nabi saw suruh kita banyakkan bersujud kalau mahu menjadi penemannya di syurga kelak? Bahkan kenapa kita disuruh berdoa banyak-banyak ketika sujud kerana ketika itu Allah dikatakan hampir dengan kita.

Tapi apakah Allah itu berada di bumi? Mungkin juga tidak. Kalau tidak masakan kita diminta mengangkat tangan ke langit? Kalau semuanya bukan, apakah Allah itu berada di Kaabah sebab umat Islam perlu berkiblatkan Kaabah sebagai salah satu syarat solat kita sah diterima.

Langit tidak, bumi tidak, Kaabah tidak. Jadi di mana Allah? Syhhh... ada jawapan tepat yang harus anda berikan jika tidak mahu terjerumus dalam kekufuran.

Masih runsing dengan jawapan yang perlu diberikan? Jom dapatkan majalah Iman kerana di situ ada jawapannya. Jangan hanya tidak mahu dilihat ‘tidak cerdik’ di depan anak-anak, maka kita nyatakan apa yang kita tidak tahu.

Jawapan tepat dalam Iman



Berhati-hatilah tika memberikan jawapan kerana daripada jawapan itulah kita membina asas akidah yang kukuh terhadap kepercayaan kita kepada Allah swt

Usah terlambat mendapatkan Iman di pasaran kerana banyak artikel menarik yang mampu memberikan anda 1001 jawapan terhadap pelbagai persoalan yang dikupas secara terperinci.

Kalau anda mengeluh kerana tiada jodoh untuk anda, soalan ini perlu ditanya kembali kepada diri, siapa kita untuk mempertikaikan takdir? wWalhal takdir itu sudah tertulis 59 tahun sebelum wujudnya alam ini!

Bukan itu sahaja, kalau anda dilemparkan dengan perkataan bodoh, bersabarlah kerana di situ Allah menjanjikan kemuliaan. Sebab apa? Semuanya ada dalam majalah ini. Jom, sekali lagi dapatkan Iman di pasaran hari ini.

Tags: iman
Subscribe

Posts from This Journal “iman” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments