mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Ada arak dalam syurga?

Apakah ada arak di dalam syurga? Apakah perbezaan antara arak syurga dan arak dunia?


 Bukan arak memudaratkan seperti arak di dunia

Arak disebut sebagai khamr dalam bahasa Arab. Di dalam syurga, segala yang diingini oleh penghuni syurga akan disediakan. Syurga adalah tempat nikmat. Antara nikmat dalam syurga ialah arak sebagai minuman. Nas al-Quran dalam surah Muhammad ayat 15 menjelaskan sungai arak wujud bersama dengan sungai susu, sungai madu dan sungai air.

Dalam nas al-Quran ini, tidak dinyatakan perbezaan antara arak syurga dan arak dunia. Cuma disebutkan bahawa arak ini adalah lazat. Namun sudah pasti arak ini bukanlah arak yang memudaratkan sebagaimana arak di dunia. Arak dunia memabukkan. Berapa banyak kesan negatif kerana minum arak. Namun arak syurga adalah arak yang lazat, tidak memberi kesan negatif.

Mungkin timbul persoalan kenapa wujud arak di syurga? Tidakkah arak itu haram? Ya arak adalah haram. Namun hukum haramnya hanya setakat dunia sahaja. Adapun di syurga nanti, hukumnya berbeza. - Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir Utusan Malaysia Rencana Agama  03 September 2015 2:35 PM

Tags: arak, syurga
Subscribe

Posts from This Journal “arak” Tag

  • Khutbah Jumaat : “Arak Ibu Segala Maksiat”

    Petikan Khutbah Jumaat 28 Dis 2018M /20 Rabi’ul Akhir 1440H: JAIS “Arak Ibu Segala Maksiat”. Antara larangan yang wajib dipatuhi…

  • Aku mahu 'arak syurga'

    “JIKA mahu minum arak syurga, sabarlah sekejap di dunia dengan menjauhi arak dunia.” Arak memang haram untuk umat Islam. Nasnya jelas…

  • Didik masyarakat benci arak

    TIDAK syak lagi meminum arak atau ketagihannya adalah haram di sisi agama Islam. Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments