mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ “Al-Maisir Atau Judi; Pencetus Permusuhan Dan Perosak Akidah”

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 04 September 2015:  JAIS

“Al-Maisir Atau Judi; Pencetus Permusuhan Dan Perosak Akidah”


Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 91;“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkaraperkara yang keji dan kotor itu)”.

Ayat ini menerangkan mengenai khamar (arak) dan al-maisir. Melalui keduanya syaitan mengambil peluang mencetuskan permusuhan dan kebencian di kalangan manusia, setelah Allah menyatukan mereka melalui iman dan persaudaraan.

Al-Maisir (judi) ini tidak semestinya dengan bermain daun terup, poker, permainan slot kuda, nombor ekor dan sebagainya. Setiap perkara yang ada wang pertaruhan atau mempertaruhkan apa-apa benda adalah dikira sebagai judi.

Perbuatan ini dilarang keras oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah alBaqarah ayat 188: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syarak)…”

Judi siber yang begitu popular pada hari ini adalah permainan yang melibatkan pertaruhan wang secara haram menerusi internet. Permainan ini hukumnya haram kerana mendapatkan wang dengan cara yang salah dan zalim.

Sesungguhnya, Islam telah meletakkan satu asas, bahawa pencarian rezeki itu hendaklah daripada punca dan daya usaha yang betul-betul halal dan bersih.

Hadis daripada Jabir Bin Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda; “Tidak masuk syurga orang yang daging tubuh badannya tumbuh daripada bahan makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”.

Kita semua bertanggungjawab, dalam membanteras segala bentuk perjudian yang berlaku. Malah setiap individu, masyarakat, ibu bapa, guru-guru atau pendidik, perlu peka dalam masalah ini melalui perkara berikut :

Pertama: Setiap orang Islam mestilah memahami bahawa amalan berjudi perlulah dibanteras kerana ia boleh mencetuskan permusuhan, meruntuhkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan ancaman kepada negara.

Kedua: Setiap individu muslim wajib memainkan peranan dan bekerjasama dalam membanteras segala bentuk perjudian di semua peringkat.

Ketiga: Umat Islam perlu menyedari betapa pentingnya ilmu, amal dan iman dalam melayari kehidupan untuk memastikan mereka tidak terjerumus kedalam kemungkaran dan maksiat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk sebagai perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya”. (Surah al-Maidah : 90).

Wallahualam.
Tags: arak, judi, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “judi” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments