mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ “Mengenali Qanun Jenayah Syariah”

Sedutan Khutbah Jumaat 04 September 2015: JAIS

“Mengenali Qanun Jenayah Syariah”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 179: “Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa”.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui keadaan dan keperluan hidup manusia dalam bermasyarakat.

Qanun Jenayah Syariah adalah undang-undang yang berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan nyawa, tubuh badan, maruah, agama, keturunan dan harta benda orang lain dengan mengikuti lunas-lunas syarak.

Sebenarnya Qanun Jenayah Syariah ini telah pun dilaksanakan dengan cemerlangnya di zaman Rasulullah, Khulafa’ al-Rasyidin, kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyyah, Andalusia dan Empayar Uthmaniah dan umat manusia ketika itu hidup dengan aman damai dan mengecap keadilan dalam pemerintahan.

Qanun Jenayah Syariah merangkumi tiga aspek, iaitu :

1. Undang-undang bagi kesalahan Qisas.Iaitu yang melibatkan kesalahan bunuh dan kecederaan yang boleh dibalas sama sepertinya yang melibatkan kesalahan qisas dan diyat.

2. Undang-undang Hudud. Di mana terdapat enam kesalahan jenayah yang akan dijatuhi hukuman mandatori, iaitu kesalahan zina dan liwat, menuduh orang berzina (qazaf), minum arak, mencuri, merompak dan murtad.

3. Undang-undang Ta’zir. Iaitu kesalahan jenayah selain daripada kesalahan qisas dan hudud. Yang mana hukuman ta’zir akan diputuskan menurut kesesuaian oleh pihak pemerintah.

Bagi kesalahan zina, firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduaduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman”.

Bagi kesalahan Qazaf, iaitu tuduhan zina, Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 4 yang bermaksud:“Orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasiq”.

Bagi kesalahan mencuri pula, firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 yang bermaksud: “Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah (pergelangan) tangan (kanan) mereka sebagai satu pembalasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Allah maha berkuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Bagi kesalahan murtad pula, hadis dari Ikrimah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agama (Islamnya), maka hendaklah kamu membunuhnya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Bagi tujuan memelihara akal, maka Islam melarang keras umatnya meminum arak. Kesalahan meminum arak boleh dijatuhi hukuman 40 kali sebatan sebagaimana hadis daripada Anas Bin Malik RA bahaw Rasulullah SAW bersabda:“Rasulullah SAW telah mengenakan hukuman pukul dalam kes arak dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut. Abu Bakar RA pula merotan sebanyak 40 kali”. (Riwayat al-Bukhari).

Adalah amat malang, terdapat umat Islam yang mengatakan bahawa Qanun Jenayah yang diturunkan oleh Allah SWT itu sudah tidak sesuai lagi, ketinggalan zaman bahkan ada yang berani mengatakan bahawa undang-undang Islam ini tidak adil.

“Sesungguhnya sembahyangku, pengabdianku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam”.

Allah SWT mengingatkan kita melalui firman-Nya dalam surah alAhzab, ayat 36 : “Tidaklah patut bagi lelaki dan wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka mempunyai pilihan sendiri mengenai urusan mereka. Sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka saranan dan perhatian penting kepada kita adalah:

1. Umat Islam hendaklah mengenali, memahami dan mempelajari Qanun Jenayah Syariah yang diturunkan oleh Allah SWT.

2. Umat Islam tidak perlu merasa takut tentang perlaksanaan Qanun Jenayah Syariah kerana telah terbukti keberkesanannya dari sudut keadilan, kesejahteraan dan ketamadunan ummah.

3. Umat Islam wajib mengimani dengan penuh yakin apa yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk kehidupan yang lbih baik, penuh keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT.

Wallahualam.
Tags: kanun, khutbah, syariah
Subscribe

Posts from This Journal “kanun” Tag

  • Aceh laksana Qanun Jinayat

    ACEH 23 Okt. – Pihak Berkuasa Aceh akan melaksanakan Qanun Jinayat (undang-undang Jenayah Islam), mulai hari ini dengan mengenakan hukuman…

  • Akta cegah keganasan jamin kedaulatan negara

    Dua tanggungjawab utama kerajaan ialah memastikan kedaulatan negara dan menjaga keselamatan rakyat yang terangkum di bawah frasa ketenteraman awam.…

  • Malaysia ialah negara Islam

    SEJAK kebelakangan ini persoalan ditimbulkan, apakah yang akan berlaku jika Malaysia menjadi sebuah negara Islam? Soalan tersebut sebenarnya…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments