mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Iduladha ~ Berkorban Dengan Penuh Keikhlasan

Sedutan Petikan Khutbah Iduladha  24 September 2015: JAIS

“Iduladha : Berkorban Dengan Penuh Keikhlasan”

IdulAdha adalah hari perayaan ibadah yang dikurniakan Allah kepada umat Islam. Ianya hendaklah disambut dengan penuh keinsafan dan kerendahan hati sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada Khaliknya.

Iduladha hendaklah disambut selaras dengan tuntutan syarak iaitu dengan solat Iduladha, bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan menyembelih binatang korban. Ianya sebagai syiar pengabdian seorang hamba yang bersyukur dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT.

IdulAdha adalah hari kebesaran Islam yang cukup bersejarah. Sejarah pengorbanan yang penuh keikhlasan daripada dua orang Rasul iaitu Nabi Ibrahim AS dan putranya Nabi Ismail AS.

Allah SWT telah menukilkan perintah-Nya itu melalui firman-Nya pada ayat 102 dalam surah As-Soffat: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Mensyukuri atas segala nikmat kurniaan Allah SWT dengan malakukan amal ibadah setulus ikhlas hanya ditujukan kepada-Nya. Menunaikan amanah kepada mereka yang berhak seperti mana yang dikehendaki oleh-Nya. Menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah seperti mana yang diwajibkan oleh-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 112:“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

IdulAdha yang kita sambut dengan ucapan:“Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”.

Hadis daripada Sufyan Bin Abdullah RA bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: "Saya pernah berkata, “Wahai Rasulullah SAW, katakanlah kepada saya dalam agama Islam suatu perkataan yang tidak perlu saya tanyakan tentangnya kepada orang lain selain tuan. Baginda SAW menjawab, katakanlah “Saya beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah”. (Riwayat Muslim).

Keinsafan yang mendalam hendaknya terjelma melalui takbir yang kita kumandangkan mulai selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah hinggalah selesai solat Asar pada 13 Zulhijjah. Gema takbir itu diharap mampu menggerakkan jiwa kita untuk sama-sama mengamal dan mengimani sistem Islam yang syumul yang di turunkan oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan zikir dan takbir sepanjang IdulAdha ini akan meningkatkan kesedaran kita ke arah membina kehidupan yang lebih baik dan rela berkorban dengan penuh kesabaran untuk beramal dengan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dengan penuh keikhlasan.

Antara tindakan dan langkah-langkah yang perlu kita laksanakan adalah;

1. Umat Islam hendaklah sentiasa bermuhasabah tentang akidah dan keyakinan kita terhadap keagungan dan kebesaran Allah SWT yang mengurniakan kepada kita segala nikmat nya terutama ajaran Agama Islam.

2. Umat Islam di seru supaya sentiasa berhati-hati terhadap ancaman musuh Islam yang terus menerus berusaha untuk menyelewengkan ajaran umat Islam dari menjadi ikutan dan pegangan yang kukuh dalam kehidupan.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa menghayati ajaran Islam yang syumul bukan hanya memilih-milih mengikut selera dan kemahuan nafsu bagi kepentingan peribadi mahupun keuntungan duniawi.

“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah telaga di syurga. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebaikan)". (al-Kausar:1-3)

Wallahualam.
Tags: aidiladha, ikhlas, khutbah, korban
Subscribe

Posts from This Journal “korban” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments