mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Penyucian jiwa

MENGIKUT laporan Lembaga Tabung Haji pada tahun 2014, sejumlah dua juta umat Islam yang terpilih dari seluruh dunia berada di Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf. Daripada jumlah itu, seramai 22,320 jemaah haji Malaysia melaksanakan tuntutan rukun Islam kelima itu.

Semuanya memakai pakaian ihram tanpa mengira pangkat dan darjat. Mereka berkumpul mengelilingi Kaabah dan berarak dari satu tempat ke satu tempat yang telah ditetapkan bersama-sama dengan jutaan manusia. Masing-masing melaungkan ucapan talbiah dengan ikhlas, tawaduk dan penuh keinsafan:

“Ya Tuhanku, aku menyahut seruan Mu. Tiada sekutu bagi-Mu! YaTuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala kepujian dan nikmat bagi-Mu sahaja, dan kerajaan sebenarnya milik-Mu juga, tiada sekutu bagi-Mu (tiada Tuhan yang lain daripada-Mu)”.

Ibadah haji adalah perlakuan yang menzahirkan kesatuan, kekuatan ummah dan kehebatan individu Muslim. Di sinilah segalanya bersatu padu. Umat Islam dari seluruh dunia, jauh dan dekat, datang dengan pelbagai cara sama ada melalui jalan darat, laut dan udara, menempuh pelbagai halangan dan kesukaran semata-mata memenuhi seruan yang mulia ini. Gambaran ini sangat bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Hajj, ayat 27 yang bermaksud:

“Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh’’.

Semuanya memakai ihram tanpa mengira pangkat, darjat

IBADAH haji adalah perlakuan yang menzahirkan kesatuan, kekuatan ummah dan kehebatan individu Muslim. - GAMBAR HIASAN

FAEDAH MENUNAIKAN HAJI

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami pernah menyebut tentang faedah bagi seseorang yang menunaikan haji iaitu dapat menyucikan jiwanya, menambahkan lagi tingkatan ihsan dalam beribadat di samping menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan.

Allah SWT memberikan pahala yang besar dan kemuliaan yang tinggi bagi orang yang melaksanakan ibadah ini dengan penuh keikhlasan. Mereka mengerjakannya sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW dan semata-mata mengharap keredaan Allah.


JEMAAH haji yang kini berada di tanah suci menuju ke Masjidilharam untuk menunaikan solat Subuh. - GAMBAR HIASAN

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan haji, dengan tidak melakukan perbuatan keji dan kefasikan, maka ia kembali (dari haji) dalam keadaan suci seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya.”

Alangkah indahnya balasan bagi mereka yang melaksanakan tuntutan kelima ini dan mampu meraih haji mabrur. Inilah tingkatan yang paling tinggi dan istimewa menjadi impian setiap Muslim. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan umrah sehingga umrah seterusnya adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga.”

BERSEDIAKAH UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH?

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menjadi tetamu Allah dan meraih ganjaran yang paling istimewa ini? Sudah tentu, tanpa persediaan rapi menyebabkan ganjaran itu hanya tinggal angan-angan, malah menyebabkan kita tidak mampu meneruskan saki-baki perjalanan yang sangat menguji minda dan fizikal ini.

Maka hasilnya, ibadah haji yang dilakukan tidak mampu meningkatkan amal baiknya. Beberapa langkah proaktif bagi mempersiapkan diri melalui persediaan seperti berikut:

Persediaan dari sudut rohani, perbaiki niat menunaikan haji. Jauhkan diri daripada perasaan riak, takbur atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah dan merosakkan amal ibadah yang mulia ini. Bersihkanlah jiwa melalui taubat yang bersungguh-sungguh selain memperbanyakkan doa supaya dijemput sebagai tetamu-Nya.

Persiapan dari sudut ilmu, berkaitan perkara-perkara bersangkut paut dengan rukun, sunat, makruh atau haram haji. Ia boleh dipelajari melalui kursus, seminar atau bengkel yang disediakan dan membaca buku-buku berkaitan ibadat ini serta menambah pengetahuan melalui pengalaman daripada mereka yang pernah mengerjakannya.

Persediaan dari sudut mental dan fizikal, pelihara tubuh badan dengan mengambil makanan yang halal dan baik, dari sudut zat dan khasiatnya. Memastikan semua perbelanjaan harta haji adalah berpunca dengan biaya daripada nafkah dan usaha yang halal.

KESIMPULAN

Berusahalah untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah seterusnya melengkapkan rukun Islam yang kelima.

Ibadah haji adalah perlakuan yang menzahirkan kesatuan, kekuatan Ummah dan kehebatan individu Muslim.

Rebutlah peluang untuk meraih haji mabrur.

Persiapkan diri di sudut kerohanian, keilmuan serta mental dan fizikal sebelum melaksanakan tuntutan yang mulia ini.

Tags: haji, jiwa
Subscribe

Posts from This Journal “jiwa” Tag

  • Khutbah Jumaat Jiwa Merdeka

    Petikan Khutbah Jumaat 27 Ogos 2021M/ 18 Muharam 1443H JAKIM Jiwa Merdeka Tanggal 31 Ogos 1957 adalah detik paling bersejarah bagi negara ini.…

  • Khutbah Jumaat: Membina Kekayaan Jiwa

    Petikan Khutbah Jumaat 08 September 2017M / 17 Zulhijjah 1438H: JAIS Membina Kekayaan Jiwa Harta benda yang bertimbun dan wang ringgit yang…

  • Ilmu bersih jiwa, jadikan umat hebat

    Hari Jumaat adalah hari ilmu, di mana kita terutamanya kaum Adam akan berhimpun untuk mendengarkan ilmu daripada khatib ketika solat Jumaat. Islam…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments