mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Jemaah warga Afrika dipersalahkan

MINA 25 Sept. – Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji Arab Saudi, Putera Khaled al-Faisal menyalahkan ‘beberapa jemaah haji warga Afrika’ yang menyebabkan kejadian rempuhan berlaku di Mina sehingga mengakibatkan kematian lebih 700 jemaah haji.

Beliau yang menegur masalah disiplin jemaah haji serta mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan terhadap insiden itu, berkata demikian sebagaimana yang dilaporkan syarikat televisyen milik Arab Saudi, al-Arabiya TV.

Antara jemaah haji warga Afrika yang dilaporkan berada di lokasi rempuhan adalah termasuk Nigeria, Niger, Mesir, Sudan, Chad dan Senegal

Semalam, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Falih menyifatkan masalah disiplin jemaah haji merupakan punca kejadian rempuhan di Mina.

“Jika jemaah haji mematuhi arahan yang dikeluarkan, kejadian rempuhan ini dapat dielakkan,” kata Menteri Kesihatan itu yang memberitahu kebanyakan jemaah haji bergerak tanpa jadual yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


1.95 juta jemaah berdaftar sebagai jemaah haji tahun ini termasuk 1.4 juta rakyat asing

Dalam pada itu, Ketua Organisasi Haji Iran, Said Ohadi berkata, seramai 131 warga Iran menjadi mangsa yang terbunuh dalam kejadian rempuhan tersebut.

Katanya, jumlah kematian warga Iran berkemungkinan meningkat berikutan 60 warga negara berkenaan turut mengalami kecederaan.

Sementara itu, Timbalan Duta Indonesia di Riyadh, Sukarno memberitahu, tiga orang warga Indonesia terkorban dalam kejadian rempuhan tersebut manakala seorang lagi cedera dan sedang dirawat di sebuah hospital di Mekah.

Sekurang-kurangnya 717 orang jemaah haji maut manakala 863 lagi cede ra dalam kejadian rempuhan di Mina semalam, yang merupakan kejadian terburuk selepas tragedi terowong Muassim runtuh pada 1990 yang mengorbankan 1,426 orang jemaah.

Berdasarkan laporan media, antara warga negara yang terbunuh dalam kejadian semalam adalah termasuk Iran, India, Turki, Mesir, Indonesia, Pakistan, Filipina dan Sudan.

Tags: bala, haji, kemalangan, safety, tragedi
Subscribe

Posts from This Journal “haji” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments