mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Tokoh Maal Hijrah 1437H ~ Suatu perbezaan , cuba cari ...

Tun Abdul Hamid tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1437H

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1437 Hijrah atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM 100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan dalam majlis tersebut.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -


Mohamad Kazim Tokoh Maal Hijrah Perak

IPOH 14 Okt. - Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat negeri Perak pada sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, plak, sijil serta hadiah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak berjumlah RM5,000.

Dalam pada itu, bekas Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996, Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid pula dipilih sebagai Tokoh Ar-Ridzuan 1437 Hijrah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada kedua-dua tokoh berkenaan. - Utusan Online Rencana Pendidikan Agama 14 Oktober 2015

Tags: hijrah, tokoh
Subscribe

Posts from This Journal “tokoh” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments