mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ "Ibrah Di Sebalik Musibah"

Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat 23 Oktober 2015M/ 10 Muharram 1437H JAWI

Ibrah Di Sebalik Musibah

Wabak, penyakit dan pencemaran alam seringkali menjadi isu yang sentiasa diperkatakan dan diberi perhatian oleh semua pihak. Sesungguhnya musibah, sakit dan penyakit adalah cabaran kehidupan yang perlu dihadapi dengan bijak oleh semua manusia, khususnya umat Islam yang sentiasa dipandu oleh al-Quran dan Al-Sunnah.

Hakikat inilah yang diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Surah AlBaqarah ayat 216: Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,  dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa apa-apa tujuan dan secara sia-sia. Jika yang baik jelas terbukti manfaatnya, yakinlah bahawa sesuatu yang buruk juga membawa hikmah yang tidak terduga.

Pertama: Banyak musibah yang melanda berpunca dari perlakuan manusia sendiri.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT melalui firmanNya di dalam surah Ar-Rum ayat 41:  Maksudnya: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Kedua: Mendidik manusia bersabar dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155: Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Ketiga: Musibah dan penyakit menjadi penghapus dosa

Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah RA: ُ ى وَلَا غٍَ م، َحَّت ى الَّ شوْكَة ً ؤْمِ َن مِ ْن وَ َص ٍب وَلَا نَ َص ٍب وَلَا هٍَ م وَلَا حَزَ ٍن وَلَا َأذ ب الْمُ ُ ُِصي مَا ي ُ مِ ْن َخطَايَاه ُ ه كهَا،ِإَّل ا َكَّ فرَالل ُ شَا ُ ي Maksudnya: “Tiada apa jua musibah yang menimpa seorang mukmin sama ada penyakit yang berterusan, keletihan, kerisauan, kesedihan, kesakitan dan kebimbangan, sehingga duri yang menusuknya melainkan Allah pasti mengampunkan dosa-dosanya.”

Menyedari ibrah dari kehadiran musibah dan penyakit, kita sewajarnya bersikap tenang dan menerima ketentuan takdir dengan redha. Malah pepatah Arab ada menyebut : ِج مِ َن الْعِلَا ٌ خَيْر ُ الوِقَايَة Bermaksud : “Mencegah lebih baik daripada merawat.”

Antara langkah-langkah pencegahan yang perlu dibuat ialah:

Pertama: Bagi menangani masalah pencermaran udara dan alam sekitar, masyarakat perlu dididik dengan kesedaran dan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Di samping ia boleh mengancam kesihatan dan nyawa orang ramai, kita juga perlu menyedari bahawa setiap perlakuan akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat. sesungguhnya azab di akhirat lebih pedih dan menggerunkan berbanding apa jua hukuman dunia.

Kedua: Kita perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran kediaman bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes, dengan memastikan tiada tempat air bertakung, sisa pepejal dan sampah sarap diurus dengan baik agar sentiasa bersih dan selamat. Lakukan pemeriksaan persekitaran rumah secara berkala, musnahkan tempat pembiakan nyamuk dan masukkan ubat jentik-jentik ke dalam bekas takungan air. Pastikan juga kita sentiasa memberi kerjasama kepada jabatan kesihatan semasa aktiviti pencegahan, kawalan dan semburan dijalankan.

Ketiga: Pihak berwajib perlu memberi penerangan dan penjelasan tentang permasalahan ini kepada masyarakat secara berterusan. Di samping itu pihak berkuasa juga perlu bertegas dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas individu-individu yang melakukan kesalahan yang mengundang musibah ini. Penguatkuasaan peraturan dan denda kepada mereka yang terlibat akan memberi pengajaran kepada orang ramai untuk berwaspada dan menghindari perlakuan tersebut.

Di penghujung khutbah, khatib ingin mengajak para hadirin mengimbas semula beberapa intipati khutbah pada hari ini, antaranya ialah:

Pertama : Setiap musibah dan penyakit datang bersamanya ibrah dan hikmah yang perlu difahami oleh umat Islam.

Kedua : Musibah dan penyakit memberi ruang untuk kita menginsafi diri, memperbaiki kelemahan dan memperolehi keampunan dosa.

Ketiga : Kita wajib berusaha menghindari penyakit dan mengelak musibah sebelum ia datang melanda. Segala usaha-usaha tersebut adalah amalan terpuji yang membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syura ayat 30: Maksudnya: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

Wallahualam.
Tags: khutbah, musibah
Subscribe

Posts from This Journal “musibah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments