mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Aceh laksana Qanun Jinayat

ACEH 23 Okt. – Pihak Berkuasa Aceh akan melaksanakan Qanun Jinayat (undang-undang Jenayah Islam), mulai hari ini dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku.

Ketua Pejabat Syariah Islam wilayah Aceh, Syahrizal Abas berkata, undang-undang semasa masih mempunyai banyak kelemahan kerana memberi tumpuan kepada kes-kes tertentu sahaja termasuk pengambilan minuman keras, berjudi dan berkhalwat.

“Qanun Jinayat adalah hasil penambahbaikan daripada undang-undang yang sedia ada,” ujarnya yang dipetik kompas.com.

Undang-undang ini disemak oleh Majlis Perundangan Aceh (DPRA) pada September tahun lalu.



Wilayah Aceh menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang Islam dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku. AGENSI -

Aceh melaksanakan undang-undang Islam kepada penduduk tempatan sejak setahun lalu dan kini akan melaksanakan undang-undang itu sepenuhnya.

Undang-undang baharu itu berkaitan dengan zina, homoseksual, khalwat, menuduh orang berzina, gangguan seksual dan juga rogol.

Pihak berkuasa turut mengenakan hukuman yang lebih berat termasuk sebat sebanyak 100 kali ke atas individu yang terbukti oleh mahkamah melakukan zina atau terlibat dengan kesalahan homoseksual.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Zainal Arifin berkata, pihak berkuasa mahu melakukan penambahbaikan dalam beberapa perkara termasuk ke atas Syariah Islam.

“Pelaksanaan Syariah Islam perlu dilakukan bagi menyokong orang ramai mengamalkan undang-undang Islam dalam semua aspek kehidupan mereka,” katanya.

Tags: kanun
Subscribe

Posts from This Journal “kanun” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments