mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Hikmah tutup aurat dengan sempurna

ALLAH adalah Zat yang paling pandai dan bijak, manakala kita sebagai manusia amat lemah dan bodoh. Jika dikumpulkan sejuta otak genius Albert Einstein dalam sebuah kolam, lalu disatukan menjadi satu ‘otak super’, pun masih tidak mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan Allah mencipta makhluk-Nya walaupun seekor nyamuk. Antara bukti kebijaksanaan Allah adalah arahan-Nya agar wanita menjaga kehormatan dengan menutup aurat dengan sempurna.

Sempurna itu bermaksud pakaian yang tidak ketat, tidak jarang, tidak harum menarik perhatian, tidak gedik menggoda, tudung kepala dilabuhkan menutup dada dan dilengkapkan dengan akhlak mulia atau pakaian takwa. Rangkuman syarat lengkap menutup aurat yang disebut ini boleh difahami dari (al-A’raf [7:26] dan al-Nur [24:31]). Juga sabda Rasulullah SAW:

Cara elak gangguan seksual lelaki buas ~ Cara Wanita/Puteri Ameno


ALLAH mengarahkan wanita menjaga kehormatan dengan menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak ketat, nipis, tidak harum menarik perhatian, tidak gedik menggoda dan tudung kepala dilabuhkan menutup dada. - GAMBAR HIASAN

Terjemahan hadis diambil daripada Syarh Sahih Muslim karangan Imam al-Nawawi, ertinya: “Dua golongan ahli neraka yang belum aku temui iaitu, (1) kaum (petugas pemerintah yang zalim) yang memiliki cemeti seperti ekor lembu dan memukul manusia dengannya, juga (2) wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (berpakaian jarang, ketat sehingga menampakkan susuk tubuh), mereka juga menyimpang daripada ketaatan (kepada Allah kerana tidak menjaga kehormatan diri), cenderung (kepada kaum lelaki dan menarik perhatian lelaki dengan lenggok jalan dan pergerakan bahunya). Kepala mereka bersanggul seperti bonggol unta. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak berpeluang mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dihidu dalam tempoh perjalanan sekian dan sekian (jauh dan lamanya),” - Sahih Muslim.

Sungguh! Allah sangat menyayangi kita dengan firman-Nya ini:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” (al-Ahzab[33:59]).

MAHA BIJAKSANA

Kebijaksanaan Allah yang tersirat dalam ayat ini perlu dilihat daripada beberapa sudut:


  • Allah menujukan arahan tersebut kepada para isteri nabi, anak perempuannya dan wanita beriman. Ia agak konsisten kerana dalam ayat perihal menutup aurat yang lain pun Allah menyebut arahan-Nya kepada wanita beriman:

  • “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,” (al-Nur [24:31]).

  • Mengapa Allah menyebut wanita beriman dan bukannya wanita Muslimah? Ini kerana hanya wanita yang beriman sahaja mampu tunduk patuh menurut arahan Allah secara sempurna tanpa soal.

  • Pada hujung ayat ini Allah menyebut nama-Nya Yang Maha Mengasihani (al-Ahzab[33:59]). Memang Allah Maha Mengasihani kaum wanita apabila mengarahkan mereka menutup aurat dengan sempurna kerana arahan-Nya itu menjadi sebab wanita beriman dihormati dan tidak diganggu. Kasih Allah juga terserlah apabila arahan ini menjadi sebab ganjaran terbaik di akhirat kelak kepada wanita yang menutup aurat secara sempurna.

  • Allah menyatakan penutupan aurat secara sempurna menjadi sebab wanita dihormati dan dikenali sebagai wanita baik. Wanita yang sopan pakaiannya kurang mengundang minat lelaki buas berbanding wanita yang berpakaian seksi menyeksa jiwa. Saya kira anda boleh semakin beriman dengan firman Allah di atas apabila menonton video buatan remaja Muslim Amerika dalam youtube.

Remaja tersebut dengan kawannya membuat eksperimen mudah dalam dua situasi. Dalam situasi pertama, kawannya berpakaian seksi dan berjalan selama lima jam di sekitar Manhattan.

Sepanjang tempoh pertama, kawannya diganggu dan cuba digoda secara berterusan oleh ramai lelaki. Dalam situasi kedua pula kawannya berpakaian Islam lengkap berhijab dan turut berjalan di lokasi sama selama lima jam. Kali kedua kawannya langsung tidak diganggu. Sungguh Allah Maha Bijaksana.

KEMUSNAHAN SAMPINGAN

Ada yang berhujah, menutup aurat tidak menjamin keselamatan wanita kerana sejarah membuktikan ramai wanita yang sudah menutup aurat tetap dicabul atau dirogol. Jawapannya mudah sahaja, ia adalah ‘collateral damage’ atau kemusnahan sampingan akibat rangsangan lelaki buas terhadap wanita yang seksi.

Lelaki tersebut cuba melampiaskan nafsunya kepada wanita seksi tetapi kesempatan tidak memihak kepadanya.

Lalu si buas terserempak di lorong sempit atau tepi hutan dengan kanak-kanak atau wanita sopan yang mudah menjadi bahan lampiasan nafsunya. Kata nafsu si buas: “Tak dapat rotan, akar pun jadilah!”

Berimanlah kepada al-Quran secara menyeluruh. Setiap arahan Allah pasti ada kebaikannya untuk manusia. Usah terpedaya dengan pejuang feminisme yang giat membela wanita dalam isu aurat kerana mereka berasa wanita beriman tertindas dibungkus dengan arahan Allah ini.

Percayalah bahawa Allah yang mencipta manusia jauh lebih bijaksana dan jauh lebih menyanyangi anak perempuan atau isteri kita daripada para pejuang hak asasi songsang tersebut. Jika anda tanya saya siapakah yang lebih anda percaya keikhlasan kasih sayangnya.

Pejuang hak asasi songsang atau Allah? Saya kira anda tahu apa jawapannya. Anda bagaimana?

Tags: aurat, hijab, tudung
Subscribe

Posts from This Journal “aurat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments