mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Utamakan hak Allah, Solat di ruang udara

Utamakan hak Allah

KITA mengalu-alukan langkah Kementerian Pendidikan yang menyarankan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah menghentikan sebarang mesyuarat yang dijalankan apabila masuk waktu solat. Ini bagi memberi ruang kepada kakitangan beragama Islam bersembahyang.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Ahmad Tajudin Jab pada 27 Januari lalu. Katanya, sebagai umat Islam, tuntutan untuk mengerjakan ibadat itu adalah penting dan perlu dilakukan tepat pada waktunya.



TIADA ALASAN...penumpang bukan hanya diberitahu bagaimana cara bersolat dan berwuduk dalam penerbangan jarak jauh, tetapi juga tentang waktu solat dengan tepat . Gambar hiasan

Sebenarnya lima hari sebelum itu, satu lagi khabar gembira bagi orang beriman adalah semua anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang yang membuat rondaan diarah singgah di masjid berhampiran mereka untuk menunaikan solat berjemaah dengan kariah setempat sebagai usaha mendekatkan pasukan ke­selamatan itu dengan masyarakat.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Jamaludin Kudin berkata, pendekatan terbaharu tersebut bukan sahaja bagi memastikan setiap anggota beragama Islam yang terlibat tidak ‘ponteng’ solat lima waktu bahkan mampu mengeratkan lagi hubungan dengan orang awam.

Sememangnya kedua-dua tindakan tersebut bertepatan de­ngan kehendak Islam dan ini mesti disokong sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuh­an.” - (al-Maidah: 2)

Solat adalah kewajipan ke atas setiap Muslim yang mukalaf tidak kira di mana mereka berada dan walau setinggi mana pun pangkat serta kedudukan mereka. Jika Nabi Muhammad SAW yang maksum dan dijamin masuk syurga pun mengimamkan solat serta bengkak kaki baginda kerana mendirikan solat malam, apakah alasan kita untuk tidak solat?

Jangan kerana kita seorang yang berpangkat dan berjawatan tinggi kita lupa akan tugas dan tanggungjawab terhadap Allah. Ingatlah hidup kita di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. (rujuk ayat 56 surah al-Dzariyat).

Yang cantiknya, kedua-dua pihak yang terlibat dalam inisiatif ini mewakili sektor penting dalam pembangunan manusia. Yang pertama, sektor pendidikan dan kedua, sektor penguatkuasaan undang-undang.

Jumlah guru di seluruh negara kira-kira 420,000 (statistik Kementerian Pendidikan setakat 31 Disember 2014) dengan bilangan sekolah rendah dan menengah kira-kira 492,000 buah. Bayangkan, natijahnya jika ia berjaya dilaksanakan. Sudah tentu surau di sekolah akan penuh apabila masuk waktu solat dan ini memberi contoh yang baik kepada murid-murid Islam agar mereka juga solat pada awal waktu.

PDRM pula mempunyai kira-kira 123,000 pegawai dan anggota (statistik Januari 2015). Yakinlah, apabila individu itu menjaga solatnya, akan terpancar dalam peribadi dan tingkah lakunya. Dengan itu, imej PDRM bertambah baik kerana pegawai dan anggotanya menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan bertanggungjawab.

Itu adalah janji Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” - (al-Ankabut: 45)

Diharap kedua-dua langkah yang dipelopori ini akan diperluaskan di semua kementerian dan agensi kerajaan lain. Demikian juga dengan sektor swasta. Sesungguhnya memiliki pekerja yang bertanggungjawab dan amanah antara nikmat dan aset kepada majikan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Lagipun, ibadat solat ini bukan lama, tidak lebih 15 minit. Jadi berhentilah untuk bersolat. Jika kita menunaikan hak Allah terlebih dahulu, insya-Allah akan dipermudahkan segala urusan diri kita. -




Solat di ruang udara

MANUSIA lazimnya tidak mempunyai masalah untuk mengetahui waktu solat yang tepat apabila berada atas muka bumi kerana terdapat pelbagai aplikasi dicipta untuk menentukannya.

Namun begitu, penentuan waktu solat yang tepat di kedudukan 12 kilometer (km) atau 39,000 kaki dari muka bumi masih belum ada walaupun teknologi kapal terbang telah muncul sejak 100 tahun lalu.

Lengkapkan waktu solat di alam fana

LEBIH jelas mencari cahaya pertama di ufuk melalui kokpit kapal terbang. Gambar hiasan

Ini diakui sendiri oleh Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia (PSFM), Syed Kamarulzaman Syed Kabber ketika ditemui di pejabatnya, di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

“Kalau di bumi, kita boleh tahu dengan jelas bila matahari naik, tergelincir atau terbenam untuk menentukan waktu solat fardu atau sunat. Tetapi pada paras 12 km atau sedang menaiki kapal terbang, kita tidak akan tahu bila masuk waktu solat kerana kedudukan matahari berbeza berbanding dengan semasa berada di bumi,” katanya.

Dengan kata lain, persoalan tersebut tidak pernah dibincangkan atau diselesaikan walaupun semasa tamadun orientalis dan Islam berada di kemuncak kehebatan masing-masing.

Malah, ketika teknologi penerbangan muncul dan menjadi keutamaan dalam kehidupan manusia, masih tiada kajian sama ada oleh ulama silam dan juga saintis Islam pada hari ini.

Keperluan itu bagaikan tidak terlintas di minda walaupun ramai umat Islam yang menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk merentasi benua atau negara atas pelbagai tujuan.

“Kalau kalangan saintis Barat, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kajian itu tiada kerana ia bukannya satu keperluan utama bagi mereka. Kami juga cuba semak buku atau kajian saintifik Islam, khususnya dalam bidang astronomi, memang tiada. Samalah dengan kitab-kitab agama yang lama, termasuk ‘Kitab Kuning’,” kata Syed Kamarulzaman.

MENEPATI SURUHAN ALLAH SWT

Permasalahan itu perlu diselesaikan kerana ia selaras dengan perintah Allah SWT dalam surah An-Nisa:103 bermaksud, “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.

Ia juga sejajar dengan situasi semasa yang menunjukkan perkhidmatan penerbangan menjadi satu keperluan dan bukan lagi merupakan lambang kemewahan. Tambahan pula jika ia melibatkan perjalanan jauh yang memakan masa lama jika menggunakan kenderaan darat atau laut.

“Penentuan waktu solat di muka bumi, angkasa lepas dan dalam lautan sudah ada tetapi ruang antara muka bumi dengan angkasa lepas tidak ada. Sedangkan ruangan itu paling ramai digunakan oleh umat Islam, sama ada untuk menyelesaikan urusan kerja atau melancong,” kata Syed Kamarulzaman.

Justeru, PFSM menyifatkan satu kajian saintifik perlu dilakukan supaya dapat menentukan kedudukan sudut Zenith matahari bagi menentukan waktu solat di udara.

“Ini kerana, kiraan kedudukan matahari dan bulan di muka bumi adalah berbeza sama sekali bila kita berada di ruang udara. Walaupun usaha itu penting demi kepentingan umat Islam tetapi kami sedar kajian sedemikian memerlukan dana yang besar kerana melibatkan penggunaan pesawat komersial jarak jauh,” katanya.

Tags: allah, solat
Subscribe

Posts from This Journal “solat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments