mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Penting pelajari sirah Nabawiyah

"SESUNGGUHNYA mempelajari sirah Nabi Muhammad SAW adalah kewajipan setiap Muslim, kerana ia adalah praktikal amali dan pentafsiran waqie terhadap agama ini.

Mempelajari sirah Nabi Muhammad SAW juga adalah kewajipan setiap pendakwah, ia mengajar bagaimana Nabi SAW menyeru manusia kepada ALLAH SWT, marhalah-marhalah yang dilaluinya sehingga mencapai hadaf (matlamat), wasilah yang dilaluinya pada setiap marhalah, kesesuaian setiap marhalah itu dengan wasilahnya dan bagaimana bersambungnya satu marhalah dengan marhalah yang lain.

Mempelajari sirah Nabi Muhammad SAW juga adalah kewajipan setiap jundi (tentera) perang, ia mengajarnya mengenai thabat (konsisten), berani dan sabar dan selainnya mengenai ilmu peperangan.

Mempelajari sirah Nabi SAW juga kewajipan setiap panglima, ia mengajarnya bagaimana Rasulullah SAW memimpin peperangan, menggerakkannya dan menyusun strategi sehingga berjaya, Baginda SAW memimpin umat dari suatu kemenangan kepada suatu kemenangan, dan dari suatu kemuliaan kepada suatu kemuliaan.

Mempelajari sirah Nabi SAW juga kewajipan setiap pemimpin yang inginkan kebaikan untuk umatnya, ia mengajar bagaimana Rasulullah SAW mentadbir umatnya dengan adil dan syura, tidak bersifat tirani dan tidak menutup mulut, dan tidak menyembunyikan peribadi.

Mempelajari sirah Nabi SAW juga kewajipan setiap peniaga dan hakim, ia mengajarnya bagaimana untuk berurusan dengan manusia, cara-cara untuk menghukum serta perlunya bersifat neutral, dan perlunya zuhud dan bersabar dalam keadaan senang ataupun susah.

Sesungguhnya sirah ini bersifat syumul, telah terkumpulnya pada Nabi SAW kita segala sifat dan keistimewaan yang tidak terkumpul kepada rasul-rasul sebelumnya, bahkan segala sifat yang tertonjol yang ada pada setiap rasul telah wujud pada Nabi SAW." (Petikan dari Fi Zilal As-Sirah An-Nabawiyah oleh Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris)

Langkah paling praktikal untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW adalah dengan rajin membaca sirahnya, kemudian mengikuti sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan, sehinggalah terbukti kemuncak kecintaan itu dengan mengikuti sunnah terbesarnya iaitu dakwah dan tarbiah.

Tags: sirah
Subscribe

Posts from This Journal “sirah” Tag

  • Khutbah Jumaat: Ibrah dari SIrah

    Petikan Khutbah Khas ‘Idul Adha (01 September 2017 / 10 Zulhijjah 1438H ) JAKIM “ Ibrah dari sirah ”. Terdapat dua…

  • Ibrah surah kasih sayang

    SURAH Al-Rahman menduduki surah yang ke-55 dari 114 surah yang terkandung dalam al-Quran. Ia adalah surah balutan kasih sayang Tuhan. Satu-satunya…

  • Teladani peribadi Rasulullah

    Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak - 5:53 || Subuh - 6:03 || Syuruk - 7:25 || Zohor - 13:25 || Asar - 16:47 || Maghrib - 19:21 || Isyak -…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments