mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Sebaik-baik jin, sejahat manusia?

“SEBAIK-BAIK jin adalah sejahat manusia”, tanggapan ini yang lazimnya tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu hingga menjadi asas kepada cerita-cerita seram yang diterbitkan. Persoalannya, adakah ia benar dan disandarkan kepada al-Quran dan hadis.

Alam jin merupakan benda ghaib, maka pencerahan mengenainya perlulah disandarkan kepada hujah-hujah yang terkandung daripada kedua-dua sumber rujukan utama agama Islam itu. Justeru, elakkan daripada membicarakan soal perkara ghaib hanya bersandarkan kepada asas rapuh, tidak berasas yang diselang-selikan dengan fakta karut dan khurafat.

Kenyataan tidak berasas, perlu dibendung penularannya

DOA yang dipohon oleh makhluk kepada Allah tidak boleh dicampurkan dengan elemen syirik seperti mentera dan memuja objek lain. - GAMBAR HIASAN

Menyentuh mengenai perkara ini, penulis buku, Ayat-Ayat Syaitan, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz menegaskan bahawa kenyataan sebaik-sebaik jin adalah sejahat manusia amat tidak tepat dan ia secara tidak langsung menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran.

“Mereka adalah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama serta akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).

“Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri dan takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya kenyataan ‘sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia’ ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat nabi jauh lebih jahat daripada manusia. Sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik,” katanya yang juga pensyarah di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tambah Abdullah Bukhari, generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka. Firman Allah: “Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat-Ku (perintah-perintah-Ku), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?),” - al-An’am [6:130].

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya daripada golongan jin yang begitu sensitif terhadap al-Quran.

“Rasulullah SAW keluar membaca Surah al-Rahman kepada para sahabatnya dari awal hingga akhir surah. Mereka hanya berdiam. Baginda lalu bersabda: Aku pernah membacanya (Surah al-Rahman) kepada para jin pada malam jin (malam baginda bertemu dan berdakwah kepada para jin). Reaksi mereka jauh lebih baik berbanding kamu semua. Setiap kali aku membaca, “Maka yang mana satukah antara nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan - wahai manusia dan jin”, mereka akan berkata: Tiada satu pun antara nikmat-Mu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagi-Mu sahajalah segala pujian,” - Sunan Tirmizi dan Tafsir Ibn Kathir.

Ayat itu berulang sebanyak 31 kali dalam Surah al-Rahman.

Tags: jin, manusia
Subscribe

Posts from This Journal “jin” Tag

  • Gangguan jin sebabkan masalah psiko?

    JIN ialah makhluk ALLAH SWT yang diciptakan ghaib. Sebagai orang Islam kepercayaan ini adalah teras dalam akidah sepertimana perkara ghaib seperti…

  • Jadi hamba seks jin

    RESAH di hati Liya sejak dua bulan yang lalu, terus membelenggu fikiran dan emosinya. Keadaan perut yang semakin membesar, membuatkan Liya semakin…

  • Wilma tabah diuji

    ALAM jin dan kewujudannya dalam dunia manusia memang diperakui dalam al-Quran. Seperti firman Allah dalam surah Adz-Dzariyaat “Tidaklah Aku…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments