mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Menggunakan hikmah dengan betul

PERKATAAN al-hikmah berulang sebanyak 18 kali di dalam 17 ayat al Quran. Secara mudah hikmah dapat difahami sebagai kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu terzahir apabila kita mengambil pendekatan sesuai dan tepat dengan isu, tempat dan orang yang kita sedang berinteraksi dengan tidak menggadaikan tujuan asal. Kebijaksanaan ini perlu dalam segenap bidang.

Untuk mengajak manusia kepada ALLAH, bertahan tetap komited di atas jalan hidup diredai ALLAH serta mempertahankan agama ALLAH ini sangat perlu kepada kebijaksanaan dari sudut pendekatan.

Gagal memahami dan mengaplikasi kebijaksanaan ini akan mendedahkan kita kepada dua kemungkinan; sama ada kita gagal mencapai matlamat asal disebabkan sasaran dakwah kita tidak senang dan selesa dengan pendekatan kita lantas menjauhkan diri daripada kita ataupun kita akan menghadapi kemungkinan kedua iaitu kita akan kehilangan arah dan sebaliknya dikuasai oleh sasaran dakwah kita seterusnya kita akan tersasar dari matlamat sebenar kita.

ALLAH SWT mengingatkan kita agar bijak memilih pendekatan dakwah. Firmannya dalam surah al Nahli ayat 125 : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan kebiksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

iada seorang pun yang lebih unggul menampil contoh terbaik selain dari Rasulullah SAW dalam mengamalkan sikap kebijaksanaan ini. Ini dapat dilihat apabila ada ahli tafsir (al mufassirun) yang memaknakan al-hikmah apabila digandingkan dengan perkataan al kitab merujuk kepada al hadith mahupun sunnah Nabi SAW seperti dalam ayat 34 surah al ahzab : Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang di baca di rumah kamudari ayat-ayat Allah (al Quran) dan hikmah pengetahuan (hadith-hadith Rasulullah). Sesungguhnya ALLAH Maha Halus tadbir Nya lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.

Apabila kita meneliti perjalanan penuh liku-liku dakwah Nabi SAW, kita mendapati Baginda SAW menggunakan berbagai-bagai pendekatan. Ada kalanya lemah lembut, adakalanya tegas dan sebagainya. Maka jangan kita beralasan pendekatan hikmah selama-lamanya lemah lembut sehingga menghala kepada lembik.  Adakalanya mengambil pendekatan keras dan tegas itu juga dikira sebagai hikmah.

Nabi SAW pernah dengan nada yang tinggi dan keras menolak permintaan untuk menggugurkan hukuman hudud yang cuba diusahakan oleh seorang yang sangat rapat dengan baginda SAW. Dalam kitab sahih al Tirmizi mencerita bahawa seorang wanita Quraisy al Makhzumiah yang mempunyai kedudukan telah mencuri. Mereka mencari jalan agar hukuman itu digugurkan.

Mereka cuba menggunakan “kabel” Usamah bin Zaid seorang yang disayangi oleh Baginda SAW. Permintaan itu mengundang kemurkaaan Nabi SAW dan ditolak mentah-mentah lantas bersabda “Berani engkau cuba menggugurkan hukuman hudud ALLAH.

Baginda pun mengingatkan sekelian hadirin : “Sesungguhnya salah satu sebab kemusnahan umat terdahulu ialah apabila orang kenamaan mereka mencuri, mereka lepaskan tetapi apabila rakyat biasa mencuri mereka jalankan hukum kepada mereka. Demi ALLAH jika sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri aku sendiri yang akan memotong tangannya.

Dalam situasi yang lain Rasulullah SAW menghadapi suasana  penuh kelembutan seperti kes seorang Arab yang kencing di dalam masjid. Tatkala orang yang berada di masjid berkenaan marah dan hampir memukul nya dengan penuh hikmah Nabi SAW melarang mereka berbuat sesuatu kepadanya bahkan baginda bersabda : biarkan dia…kemudian ambil sebekas air dan curahkanlah ke atas tempat kencing itu. Sesungguhnya kalian diutus untuk memudahkan bukan untuk menyusahkan.(mafhum dari hadith Riwayat al Bukhari)

Maka kita membuat kesimpulan bahawa sasaran dakwah kita di Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kategori dan mereka perlu disantuni sesuai dengan keadaan mereka.

Namun bagi pihak yang kosisten tidak menghormati Islam bahkan cuba merubah identiti negara ini yang selama ini meletakkan Islam di tempat yang tinggi samada mereka zahirkan dalam ucapan mereka, penulisan mereka mahupun tindakan mereka sehingga melangkau peringkat antarabangsa melalui Comango dan sebagainya maka tindakan undang-undang dan ketegasan adalah salah satu bentuk hikmah untuk golongan ini. Hikmah bukanlah sentiasa berlembut pada keadaan-keadaan tertentu.

Tags: hikmah
Subscribe

Posts from This Journal “hikmah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments