mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Mengapa tiada Qunut di Mekah

Mengapa solat Subuh di Masjid Nabawi dan Masjidilharam tiada doa qunut dan selepas solat tiada doa? - Raza, Perak.

UKE: Membaca qunut ketika sembahyang Subuh disyariatkan menurut mazhab Syafie dan ia termasuk dalam perkara sunat ab‘adh. Jika qunut itu ditinggalkan, sama ada terlupa atau sengaja, maka sunat ditampung dengan sujud sahwi.

Persoalan tentang qunut ini menjadi perkara khilafiah. Pelbagai pendapat berkenaan bacaan qunut di di dalam solat subuh tetapi kita yang berpegang dengan mazhab Syafie berpegang dengan sunat dibaca qunut.

Imam Syafie tidak mewajibkan qunut maka sebenarnya tiadalah masalah besar jika kita berimamkan imam yang tidak membaca qunut malah sah solat kedua-duanya. Yang membaca ada dalilnya, begitu juga bagi yang tidak mmbacanya.

Kita sebagai orang awam memadailah beramal dengan mazhab masing-masing kerana setiap mazhab empat itu sandarannya adalah Nabi Muhammad SAW. Bab berdoa itu mudah sahaja. Kalau tok imam itu tak berdoa maka kita sendirilah berdoa. Kalau tok imam berdoa kita aminkanlah, mudah-mudahan mustajab.

Tags: hukum, qunut
Subscribe

Posts from This Journal “qunut” Tag

  • Punca tiada rasa nikmat dalam solat

    Kita menunaikan solat, tetapi masih tidak dapat membantu diri ke arah kebaikan. Apabila dikaji, didapati rupa-rupanya solat kita tidak mengikut cara…

  • Doa Qunut dan Terjemahannya

    Qunut merupakan doa yang dilakukan pada Shalat Subuh atau ShalatWithir. Hukum Doa Qunut adalah Sunnah Muakkad/ab’ad (sunnah yang…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments