mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kaedah sahur yang betul, Bersahur dengan tujuh biji kurma, teh o

Kaedah sahur yang betul

SAUDARA PENGARANG,

JIKA anda beranggapan dengan cara makan dan minum dalam kuantiti banyak ketika bersahur dapat membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan baik, maka itu tidak benar sama sekali.




BERSAHUR dengan kurma dan air juga memadai. GAMBAR HIASAN/NOTAHIDUPSIHAT.BLOGSPOT.COM

“Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah kurma”.

Demikianlah sabda Nabi Muhammad SAW. Di sini jelas me­nunjukkan kepada kita bahawa cara bersahur yang betul tidak bergantung kepada kuantiti makanan yang dimakan, sebalik­nya apa yang kita makan ketika bersahur iaitu makanan berzat yang cukup membekalkan tenaga ketika berpuasa.

Jika makan pelbagai jenis makanan tetapi kandungan zatnya kurang dikhuatiri akan mengganggu kelancaran ibadah puasa.

Lebih baik bersederhana makan tetapi seimbang kerana ini penting untuk kekal sihat menjalani ibadah puasa dengan baik.


Antara kaedah terbaik untuk tenaga kekal optimum, jangan sesekali meninggalkan sahur kerana itu amalan sunnah.

Untuk makluman, sahur juga dapat mengawal gula dalam darah di samping memberikan tenaga kepada badan setiap hari serta memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik.


Selain buah kurma, pengambilan karbohidrat yang kompleks seperti oat dan nasi perang yang mengandungi serat adalah amat baik untuk bersahur.

Ramai tidak menyedari pengambilan air berlebihan ketika bersahur juga tidak baik kerana semakin banyak air diminum, semakin cepat juga air dalam badan kita dibuang. Justeru cadangan kuantiti air yang perlu diminum adalah dua atau tiga gelas semasa bersahur.


Dengan cara bersahur yang betul, kita dapat memastikan kesihatan dipelihara di samping kekal bertenaga sepanjang hari di bulan Ramadan. Kesihatan juga amat penting dalam memastikan kesempurnaan setiap ibadah kita kepada Allah SWT lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan barakah ini.

Bersahur dengan tujuh biji kurma, teh o

TIADA apa yang lebih menggembirakan buat seorang ibu tunggal yang cacat penglihatan, selain kehadiran anak-anaknya untuk bersama-sama beliau menjalani ibadah puasa pada tahun ini.‎

Azizah Awang Kechik, 62, yang baru sahaja kehilangan suami, meluahkan perasaan itu apabila tiga orang anaknya meninggalkan beliau setelah  masing-masing berumah tangga.

"Makcik makan tujuh biji kurma dengan teh 'O' sahaja untuk sahur, cukuplah ala kadar. Makcik tak ada sesiapa dah," luah warga emas ini dengan sayu, ketika ditanya persiapan beliau sempena kedatangan Ramadan esok.

Bagi menghilangkan rasa kesunyian, Azizah tegar meneruskan hidup dan mencari pendapatan tambahan dengan menjual tisu muka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Makcik tinggal seorang. Anak-anak ada tapi dah kahwin, masing-masing buat hal sendiri, tak pelah," katanya ketika menceritakan kepada penulis kisah sedih yang menyelubungi nasibnya ketika ditemui dalam tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Warga emas ini yang cacat penglihatan sejak dilahirkan, hanya berharap agar anak-anaknya tidak melupakan beliau yang sentiasa mendahulukan anaknya dalam setiap perkara.

Rokiah Ahmad, 63, dari Jalan Datuk Keramat berkata baginya saban tahun persiapan beliau menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan itu, dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.

"Keluarga makcik kecil, suami dan anak lelaki sahaja. Jadi, juadah sahur ringkas, asalkan dapat mengisi perut cukup," katanya.

Beliau, yang juga cacat penglihatan akibat kemalangan berkata setiap tahun mereka hanya membuat persiapan ringkas bagi menyambut Ramadan dan Syawal kerana kekangan kewangan.

Bagi pelajar universiti awam, Mastura Mat Khori, 22, Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah tempat persinggahan wajib baginya untuk membeli-belah juadah berbuka dan barangan keperluan musim perayaan setiap kali bulan Ramadan.

"Harga barang-barang sini berpatutan, senang dapat.

"Saya tidak kisah berbelanja sakan setahun sekali, janji seronok masa Hari Raya nanti," katanya yang menggemari ayam percik sebagai juadah berbuka puasa.

Esok, hari pertama umat Islam berpuasa dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sekali lagi menjadi tumpuan warga kota, meriah dengan kehadiran peniaga dan penjaja  menawarkan beraneka kuih-muih, pakaian dan alat-alat kelengkapan raya. - Bernama

Tags: kurma, puasa, sahur
Subscribe

Posts from This Journal “sahur” Tag

  • Keberkatan Sahur, ramai pandang enteng

    RUTIN biasa yang perlu dihadapi individu Muslim apabila tiba Ramadan, aktiviti bangun sahur adalah lumrah mereka yang berpuasa. Nabi Muhammad SAW…

  • Kekeliruan imsak dan akhir sahur

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, tahun ini kita masih lagi diizinkan untuk bertemu dengan Ramadan. Maka hendaklah Ramadan kali ini menjadi…

  • Sahur ala kadar anak yatim

    BERADA di asrama murid Maahad Sains al-Quran Al-Amin untuk meninjau bagaimana mereka bersahur memang satu pengalaman yang menarik. Malah, peluang…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments