mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Pamer sikap riak di laman sosial

ALHAMDULILLAH, hampir seminggu kita berpuasa. Seperti yang kita maklum, pada bulan Ramadan inilah umat Islam berlumba-lumba ingin melakukan ibadah bagi berasai nikmat yang dilimpahkan sepanjang bulan ini, seperti bersedekah, bertadarus al-Quran, solat sunat tarawih di masjid dan banyak lagi.

Pelbagai ragam manusia kita dapat lihat sepanjang bulan mulia ini, terutamanya di laman sosial. Tanpa disedari, setiap apa yang kita paparkan atau kongsikan dengan rakan dalam talian, akan timbul sedikit rasa riak dalam hati kita, terutamanya aktiviti kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Contohnya, muat naik gambar bersolat tarawih 20 rakaat di masjid atau lebih dahsyat memuat video yang membuktikan yang dia sedang bersolat tarawih, lalu dimuatkan di laman sosial.



Keikhlasan yang terbit di awalnya telah bertukar dengan sifat mazmumah, seharusnya ibadah dilakukan secara bersembunyi tanpa menyebarkan kepada umum perihal amalan kita, supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia.

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang berasa cukup dan yang suka mengasingkan diri." Mengasingkan diri bermaksud segala amalan yang dilakukan tidak ditunjukkan kepada orang lain (menunjuk-nunjuk).

GAMBAR JUADAH BERBUKA

Sesetengah daripada kita juga gemar memuat naik gambar juadah berbuka puasa, mungkin niat di hati mahu berkongsi hari ini makan besar atau juadah berbuka sangat lazat dan menyelerakan.

Tidakkah itu dilihat keterlaluan? Sedangkan Nabi SAW menggalakkan umatnya sentiasa bersederhana dalam semua hal, dan perlu merenung hikmah di sebalik ibadah puasa yang diperintahkan ALLAH.

Saban tahun kita berpuasa, renunglah hikmah kita di sebalik ibadat berpuasa itu.

Tidak berasa rugikah kita menahan dari lapar dan dahaga tapi fadilatnya tidak kita ambil dan praktik. Kita perlu mengenangkan bahawa terdapat insan yang tidak berkemampuan dalam hidup mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, dengan kita yang sentiasa cukup makan pakai.

Oleh hal yang demikianlah, kita disarankan untuk berbuka puasa secara bersederhana, tanpa melakukan pembaziran, dan perbanyakan amalan bersedekah kepada fakir miskin agar amalan kita memberi kebaikan kepada insan yang memerlukan.

ALLAH SWT berfi rman dalam Surah Al-A'raaf ayat 31, di mana ALLAH menyuruh kita (Bani Adam) supaya berpakaian bersih dan kemas setiap kali ingin ke tempat ibadah iaitu mengerjakan solat, dan janganlah kita makan dan minum dengan melampau, kerana ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Menyedari hakikat di atas, marilah kita bersama-sama menyucikan hati di bulan yang penuh barakah ini, lihat dan selidik kembali setiap amalan yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas agar semua amalan kita di bulan Ramadan ini agar tidak sia-sia.

Tags: angkuh, media, ramadhan, riak, sombong
Subscribe

Posts from This Journal “riak” Tag

  • Riak, gemar mengungkit hapuskan pahala kebajikan

    FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun daripada pokok tamar (kurma) dan anggur yang…

  • Riak dalam amalan

    SEORANG lelaki baru selesai mendirikan solat sunat duha di sebuah masjid sekitar tempat kerjanya. Usai berdoa tangannya sibuk meraba kocek seluar…

  • Nampak baik tapi riak

    ADAKAH ada antara kita yang suka berpenat-lelah bekerja, malangnya kerja itu tidak memberikan apa-apa hasil pun? Atau setiap hari pergi bekerja,…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments