mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

13 larangan ihram harus dijaga

LARANGAN ihram merupakan satu daripada perkara wajib haji atau wajib umrah. Melanggarnya tidaklah membatalkan umrah atau haji tetapi dikenakan dam. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan sengaja maka hukumnya berdosa. Apabila bakal haji berniat ihram sama ada ihram umrah atau ihram haji maka wajiblah ke atas mereka untuk menjaga 13 larangan ihram.

Secara umumnya, terdapat 13 larangan ihram yang harus dijaga oleh bakal-bakal haji. Bolehlah saya ringkaskan kesemua larangan tersebut kepada empat bahagian:

a) Pakaian

1. Tidak boleh memakai pakaian berjahit (lelaki)

Melanggarnya dikenakan dam, berdosa jika sengaja


ANTARA larangan ihram bagi lelaki ialah tidak boleh memakai pakaian berjahit. - GAMBAR HIASAN

2. Tidak boleh menutup kepala (lelaki)

3. Tidak boleh menutup muka (wanita)

4. Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita)

b) Kecantikan 
(lelaki dan wanita)

1. Tidak boleh memakai wangi-wangian

2. Tidak boleh menyapu minyak

3. Tidak boleh menanggalkan rambut

4. Tidak boleh memotong kuku

c) Alam sekitar 
(lelaki dan wanita)

1. Tidak boleh memburu binatang buruan

2. Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan

d) Hubungan

1. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah

2. Mukadimah persetubuhan

3. Persetubuhan suami isteri

Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji.....” (Al-Baqarah:197)

Mengambil falsafah daripada firman Allah SWT itu, haji adalah satu madrasah untuk mentarbiahkan manusia dengan menahan diri daripada dorongan kebiasaan dan hawa nafsu. Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi memerlukan satu komitmen untuk mematuhi tata cara manasik haji. Ia juga memerlukan pengorbanan keselesaan yang bukan sedikit. Ini bertepatan dengan mafhum hadis bahawa “haji itu adalah jihad” iaitu dengan melawan hawa nafsu.

Ada beberapa larangan ihram yang biasa dilakukan oleh jemaah haji, antaranya:


  • Memakai bau-bauan atau minyak

  • Memotong tiga kuku atau menanggalkan tiga helai rambut

  • Memakai pakaian bercantum

  • Menutup kepala bagi lelaki

  • Menutup muka bagi wanita

Kebanyakan kes ini mereka dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. Boleh pilih sama ada memotong seekor kambing atau bersedekah dua cupak kepada enam orang fakir miskin (anggaran RM10 ringgit seorang) atau berpuasa tiga hari.

Dam ini dipanggil Dam Kaffarah yang boleh dibayar kepada fakir miskin ahlul Mekah atau setidak-tidaknya kepada petugas Masjidilharam yang memang bermastautin hidupnya di Mekah sehingga akhir hayatnya.Demikianlah sedikit panduan bagi pembaca. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat pada bakal jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Tags: haji, umrah
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments