mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Muhasabah Melalui Tarbiah Madrasah Ramadhan ”

Khutbah Jumaat 08 Julai 2016: JAIS

“Muhasabah Melalui Tarbiah Madrasah Ramadhan ”

Kini Ramadhan telah berlalu dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis. Kita masih terasa keseronokan berada dibulan jais.jpgRamadhan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dilalui samada bersendirian, bersama keluarga mahupun bersama rakan dalam kariah dimasjid atau surau. Masih terasa seronoknya berbuka puasa secara jamaei, bersedekah dan menyumbang makanan, bersolat jamaah dan tarawih, bertadarus alquraan, beriktikaf di masjid dan lain-lain aktiviti kebajikan.

Ramadhan yang berlalu banyak meninggalkan janji-janji manis kepada jiwa dan hati orang-orang yang beriman. Madrasah Ramadhan adalah pusat latihan bagi memupuk keimanan melalui tarbiyah fizikal dan rohani. Secara zahirnya fizikal orang yang berpuasa adalah lebih baik dari keadaan fizikal orang yang perutnya sentiasa kenyang.

Rasulullah SAW sering memilih berpuasa atau mengosongkan perutnya untuk tujuan beribadah kepada Allah SWT. Ini kerana Baginda menyatakan bahawa perut yang kosong akan memudahkan untuk mengawal hawa nafsu. Sesungguhnya kerosakan dan kebinasaan kepada kehidupan manusia di dunia ini banyak didorong oleh kebejatan hawa nafsu yang tidak terkawal.

Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam al-quran, surah Yusuf ayat 53;“Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Solat adalah ibadah utama kepada setiap manusia yang beriman. Madrasah Ramadhan telah mentarbiah kita supaya istiqaamah dalam ibadah solat sunat di samping menunaikan solat yang wajib 5 waktu. Ramai yang berpusa tapi tidak menunaikan solat 5 waktu, demikian juga ramai yang menunaikan solat tarawih tetapi tidak istiqamah menunaikan solat 5 waktu.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya”. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan al-quran diturunkan. AlQuran adalah kitab panduan untuk memandu hidup manusia didunia dan akhirat. Tidak dinafikan telah menjadi kelaziman masyarak islam bertadarus di bulan Ramadhan untuk meraih pahala yang berganda. Tetapi perlu di sedari bahawa al-quran bukan sekadar dituntut pada bacaan sahaja, ianya perlu difahami, dihayati, diamali, ditekuni dan disebar luaskan ilmunya untuk mendapat keberkatan didunia dan syafaati ilahi di akhirat kelak. Lazimnya mentadarus al-quran hanya dilakukan dibulan Ramadhan sahaja namun sebaliknya ia menjadi sunyi sepi tanpa kedengaran seruan ilahi tersebut pada bulan-bulan yang lain.

Bagaimanakah al-Quran dapat dijadikan panduan dalam menjalani urusan kehidupan pada setiap masa jika ia hanya di ulang baca pada bulan Ramadhan sahaja. Bagaimana manusia dapat menjadikan al-Quran sebagai hakim pemutus dalam segala permasalahan yang dihadapi oleh manusia kalau al-quran hanya ditadaruskan ayat-ayatnya untuk bacaan setahun sekali sahaja.

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 65;“Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”.

Silaturrahim sesama ummah adalah contoh tauladan dari Rasulullah SAW yang perlu dijadikan ikutan. Orang yang beriman tidak akan membiarkan saudara seagamanya berada dalam kepayahan hidup, kemiskinan dan kejahilan. Melalui madrasah Ramadhan kita dapat lihat di seluruh dunia umat islam berlumba-lumba menyantuni fuqara, masakin dan anak-anak yatim. Jelas kelihatan persaudaraan dan persahabatan terjalin dalam kerjasama berpasukan menyantuni mereka khususnya melalui sedekah dibulan Ramdhan yang di anjurkan oleh masjid-masjid, surau-surau, agensi kerajaan, badan korporat mahupun badan bukan kerajaan. Mudahmudahan mereka tidak hanya dijadikan sebagai alat untuk paparan dimukamuka akhbar atau hanya di lensa televisyen yang ditunjukkan sebagai aktiviti bermusim khususnya di bulan Ramadhan. Ingatlah bahawa Allah SWT menghendaki kita menyantuni mereka yang memerlukan ini sepanjang waktu dengan penuh keikhlasan.

Ini jelas sebagaimana diingatkan kepada kita melalui firman-Nya dalam surah al-insan ayat 8-9;“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”.

Terlalu banyak yang mahu dihayati melalui tarbiyah madrasah Ramadhan bagi mereka yang mahu meneladaninya. Ini kerana sesuatu ibadah yang didatangkan oleh Allah SWT dalam satu pakej seperti Bulan Ramadhan iaitu melalui kewajiban berpuasa, diturunkan Al Quran dan terdapatnya Malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan. Maka kewajarannya bagi kita yang berakal seharusnya menyedari ianya bukan suatu bentuk tarbiyah yang boleh dipandang mudah seperti yang kita lalui selama ini.

Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 3;“Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya”.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita sama-sama mengambil beberapa pengajaran untuk dijadikan panduan.

1. Umat Islam hendaklah memperkukuhkan pegangan akidah pengamalan syariah dan berakhlak dengan akhlak islamiah pada setiap masa.

2. Umat Islam sewajarnya menghayati tarbiah madrasah Ramadhan terutama dalam berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifatsifat mazmumah.

3. Umat Islam hendaklah bersabar menghadapi ujian dari Allah seperti mana sabarnya ketika berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta tuntutan nafsu syahwat.

4. Umat Islam hendaklah sentiasa menunaikan ibadah sebagai hamba Allah dengan penuh ikhlas dan tawaduk kerana Allah SWT kerana ia adalah syarat utama amalan diterima dan diberi pahala.

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar”. (al-Baiyinah ; 5).
Tags: jais, khutbah, ramadhan, syawal
Subscribe

Posts from This Journal “syawal” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments