mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Paparan tidak bermoral: Aktiviti anak perlu dipantau

ELLY mengatakan, anak lelaki lebih cenderung dan dijadikan fokus utama pornografi berbanding anak gadis. Kenapa begitu?

"Pertama sekali, saya mahu ibu bapa yang berada dalam seminar ini kongsikan

Ibu bapa jadikan gajet 'ubat' mengelak anak menangis.

setiap apa yang saya katakan di sini kepada saudara kandung dan ipar. Bukankah anak-anak kita bermain bersama anak-anak mereka. Kami sekarang sedang menangani kes melibatkan anak kecil berusia enam tahun yang mengadakan sadomi dengan rakan sekelasnya. Guru bertanya dan dia katakan perbuatan berkenaan diketahui daripada sepupunya yang ditemui ketika hujung minggu lepas. Ternyata, anak itu sudah disetubuhi oleh sepupunya dan dia sendiri menyetubuhi adiknya yang berusia lima tahun tanpa mengetahui apa-apa.

"Jawapan kenapa anak lelaki dijadikan fokus utama pertamanya, kerana anak lelaki berfikir guna otak kiri sama seperti bapanya, kedua kerana otak kiri lebih memfokuskan kepada apa yang dilihat, ketiga testosteron yang dirembes keluar lebih banyak ada dalam otak lelaki berbanding dalam otak perempuan dan yang keempat kerana kemaluannya di luar (mudah untuk terangsang). Lihat wahai ibu bapa, ini tidak lucu. Saya mahu tegaskan di sini, dengan mudahnya anak kita disasarkan dengan ilmu neuron sains. Ibu bapa tidak boleh terus leka. Cuba hitungkan berapa kali mereka lalui saat seperti pasangan yang sudah berkahwin walaupun mereka belum berkahwin?," katanya lagi yang sering berdepan dengan kes melibatkan terapi anak-anak.

Menurutnya, pornografi telah menyasarkan anak lelaki kita sejak usia mereka lapan tahun lagi (belum baligh). Ibu bapa mesti menekankan kekuatan spiritual (kerohanian) dalam diri anak-anak. Usah terlampau mengharapkan pihak sekolah untuk mendidik anak-anak kita.

Beliau berkongsi ketika di Amerika Syarikat, temannya yang beragama Kristian mengatakan: "Kamu tahu tak kenapa otak anak-anak kita semakin rosak, ini kerana kita tidak mengajar anak untuk menjaga pandangan dan kemaluan mereka," Sejujurnya, beliau menangis sebaik mendengar kata-kata itu.

ALLAH SWT berfirman: "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surah An-Nuur: 30) dan ALLAH juga turut menerangkan dalam ayat 31 surah yang sama.

Otak rosak

Menurutnya. internet mempunyai empat sifat. Pertama, agresif dia yang cepat, mencari dan mengejar anak kita, bukan anak kita yang mengejar pornografi. Kedua, sangat mudah diakses. Ketiga, berpatutan dan murah, senang nak lihat gambar yang tidak senonoh dan keempat anonimus hanya mata orang itu dan ALLAH sahaja yang tahu.

"Pertanyaan saya mudah, sejak bila ibu bapa memberi kemudahan internet di rumah yang memudahkan anak-anak untuk melihat dan bermain itu dan ini?.

"Otak si anak akan rosak!, mereka tidak boleh berfikir dan cepat lupa, jika tidak percaya cuba soal mereka yang terlibat pasti tidak mampu untuk peroleh jawapan daripada mereka. Bayangkan, apabila anak-anak kita semakin ketagih di mana sahaja mereka akan melakukannya sama di sekolah dalam tandas atau di tempat awam," katanya yang mengatakan bahawa di Indonesia terdapat kes melibatkan anak lelaki seawal usia lapan tahun sudah terlibat dengan kes memperkosa.

Aplikasi maya

Beliau berkata, perhubungan cinta antara anak remaja lelaki dan perempuan juga perlu dipantau. Sesuai dengan teknologi moden yang semakin hari semakin canggih dengan wujudnya banyak aplikasi seperti WhatsApp, Line, WeChat, laman sosial Facebook mempunyai simbol-simbol cinta yang pelbagai.

"Ibu bapa perlu tanya anak-anak mereka, simbol apakah ini, tanyakan mengenai sejauh mana perhubungan cinta mereka. Benar, anak-anak tidak akan bagi tahu, tapi cuba nasihatkan mereka untuk sedia berkongsi dengan kita kerana untuk melakukan pornografi tidak semestinya perlu membuka baju.

"Apabila anak anda melihat pornografi ternyata dia mempunyai kecenderungan untuk terlibat dengan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Cegah dari sekarang sebelum terlambat. Permainan dalam talian juga meninggalkan kesan yang negatif, ibu bapa berasakan permainan sahaja, padahal dengan permainan itulah keluarnya bermacam gambar dan simbol lucah," tegasnya.

Pada awal bicara tadi, Elly ada mengatakan kenapa ibu bapa perlu berhati-hati dengan cerita animasi SpongeBob SquarePants kerana ia menggalakkan gaya hidup homoseksual. Tanya diri ibu bapa, sejak bila menanam gaya hidup sedemikian dalam diri anak-anak.

Di Indonesia, Elly menandatangani pemberhentian siaran animasi berkenaan dan ia menjadi trending dibahaskan dalam Twiter. Keadaan itu jelas menunjukkan ramainya peminat animasi berkenaan dan mereka juga seakan anak kecil anda yang menonton animasi berkenaan.

Justeru, jadilah ibu bapa yang cakna (peka) dengan setiap apa yang dilakukan si anak. Apabila anak pulang dari sekolah, periksa beg mereka, tanya apa yang dipelajari, tanya topik apa yang dibualkan bersama rakan mereka.
Tags: anak
Subscribe

Posts from This Journal “anak” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments