mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Konflik yang tiada faedah, Pentingkan rangka utama solat

Pentingkan rangka utama solat

EMPAT mazhab utama yang menjadi ikutan umat Islam mempunyai persamaan jelas dalam mendirikan solat. Cuma yang menjadi perbezaan hanyalah dari segi pelaksanaan rukun solat. Ini timbul kerana wujudnya perbezaan pemahaman dan tafsiran ulama mazhab berkenaan terhadap hadis Rasulullah SAW berkenaan solat.

“Misalnya, permulaan angkat tangan dan letak tangan. Letak tangan ada banyak cara, ada yang letak atas dada, bawah pusat dan lain-lain. Semua cara itu berlandaskan hadis.

Tolak tepi perkara tidak berkaitan

SUJUD dalam solat yang khusyuk mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Tetapi bila kita kata hanya pandangan kita sahaja yang betul. Misalnya, letak atas dada adalah kaedah nabi dan lain-lain itu bukan kaedah nabi, dan itulah yang akan menjadi konflik sesama umat Islam,” kata Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir ketika ditemui di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pendakwah bebas itu menjelaskan bahawa perbezaan sedemikian tidak seharusnya wujud sekiranya umat Islam berlapang dada dan meluaskan ilmu pengetahuan mereka tentang solat.

Umat Islam masa kini seharusnya menjadikan para ulama terkenal zaman dahulu sebagai teladan dalam menerima perbezaan pendapat. Contohnya, Imam Syafie ketika mengimamkan solat subuh di kawasan mazhab Hanafi.



ILMU solat di peringkat sekolah hanyalah peringkat asas sahaja kerana sesuai dengan keupayaan minda mereka.

Imam Syafie tidak membaca doa qunut atas alasan menghormati pendapat dan pandangan mazhab Hanafi. Ini kerana berdoa qunut pun ada dalil hadis dan yang tidak berdoa qunut pun ada dalil.

“Namun begitu, perbezaan sedemikian tidak seharusnya mengganggu fokus jemaah lain. Contohnya, memakai pakaian yang mempunyai gambar atau tulisan yang boleh mengundang fitnah.

“Samalah dengan nada bacaan yang terlalu kuat atau mendepa tangan terlalu luas ketika mengangkat takbir, walaupun perbuatan tersebut tidak akan membatalkan solat seseorang,” katanya.



SUJUD....antara waktu yang paling mustajab berdoa. GAMBAR HIASAN

Justeru, etika bersolat tidak hanya mematuhi syarat wajib, sah dan rukun solat tetapi perlu menitikberatkan aspek kewajaran agar tidak mengganggu fokus diri sendiri dan jemaah di sebelah.

Selagi rangka utama solat dipatuhi, kita seharusnya berlapang dada dan bersikap terbuka jika wujud perbezaan tertentu ketika solat berjemaah.

Antara contoh yang sering kita lihat adalah aspek rukuk. Ia bergantung kepada bentuk badan seseorang walaupun apa yang disarankan adalah kedudukan rukuk itu seperti sudut 90 darjah.

“Sudah tentu ia susah untuk mereka yang berperut boroi atau besar tetapi kedudukan rukuknya mesti lebih rendah daripada berdiri. Samalah dengan sujud. Sama ada turun tangan atau lutut dahulu, ada riwayat hadis Rasulullah SAW dan kita boleh guna kedua-duanya ketika hendak sujud.

“Semuanya itu hanyalah dari segi afdal atau tidak sahaja kerana masing-masing berdasarkan pemahaman dan tafsiran ulama terhadap hadis Nabi SAW,” katanya.



Konflik yang tiada faedah

DALAM ibadat solat, terdapat aspek syarat wajib, sah dan rukunnya yang mesti difahami dan dilaksanakan dengan betul. Meskipun terdapat khilaf atau perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama, namun perbezaan tersebut tidak sewajarnya dijadikan punca perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Antara perbezaan yang sering ditimbulkan ialah cara mengangkat takbiratul ihram, mendakap tangan, turun untuk sujud sama ada tangan atau lutut dahulu dan duduk antara dua sujud.

rukun_2.jpg rukun_3.jpg

“Wujudnya perbezaan atau pertikaian dalam soal pelaksanaan syarat dan rukun solat kerana ia berdasarkan kefahaman ulama mazhab sebelum ini terhadap hadis Rasulullah SAW.

“Selagi ia menepati syarat wajib, sah dan rukun solat itu, solat tersebut sah walaupun pelaksanaannya barangkali berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang lain,” kata seorang pendakwah bebas, Salehuddin Abu Samah.  Hanya berkisar soal afdal atau sebaliknya

rukun_5.jpgrukun_5a.jpg

Kurang pengetahuan taksub

Ketua Bahagian Jaminan dan Kajian Syariah di sebuah bank tempatan itu menegaskan bahawa umat Islam tidak perlu berkonflik dalam hal sedemikian selagi ada hujah daripada hadis Rasulullah SAW yang sahih.

Namun, jika jelas bertentangan dengan panduan yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah sewajarnya ditinggalkan perkara tersebut dan contohnya, guna batu sebagai pelapik untuk sujud atau tepuk tiga kali paha semasa bagi salam.

“Sepanjang pengetahuan dan pengajian kami, tiada hadis Rasulullah SAW yang sahih menyatakan sedemikian. Ini kerana, solat adalah ibadat dan bukannya sesuatu yang boleh direka-reka mengikut nafsu manusia,” katanya.

Lebih penting, Salehuddin berpendapat bahawa berlakunya pertikaian dan perbalahan terhadap aspek pelaksanaan solat dalam kalangan masyarakat kerana wujudnya sikap taksub dan ditambah pula dengan ketiadaan ilmu yang sahih dan tepat.

Mereka kurang terdedah kepada sistem pengajian dan pembelajaran ilmu solat lebih tersusun dan guru yang berpegang kepada rujukan jelas, autentik dan mempunyai kredibiliti.

“Mereka bukan hanya akan pertikaikan jika wujud perbezaan terhadap apa yang diamalkannya, bahkan berkeras mempertahan apa yang difahami walaupun ia sekadar soal afdal atau tidak sahaja,” katanya.

rukun_7.jpgrukun_7a.jpg

rukun_7b.jpgrukun_8.jpg


Tags: solat
Subscribe

Posts from This Journal “solat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments