mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Mengawal Perasaan Marah ”

Petikan Khutbah Jumaat 19 Ogos 2016: JAIS

“Mengawal Perasaan Marah ”

Marah asalnya merupakan satu perasaan dalaman individu yang terhasil tanpa sedar, menyebabkan ketegangan saraf, menggangggu emosi dan fikiran, hilang pertimbangan, meningkatkan degupan jantung, meninggikan tekanan darah, mempercepatkan aliran darah ke otak.

jais.jpgSemua gejala ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan warna muka, anggota badan menggigil, leher meregang. Akhirnya lidah akan mengeluarkan perkataan keji dan buruk.

Anggota badan seperti mulut, kaki dan tangan bertindak di luar kawalan, memaki, mencekik, menumbuk, mengganas hinggakan sanggup membunuh.

Hadis daripada Abi Said al-Khudir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Dan sesungguhnya marah itu merupakan seketul bara api yang menyala di dalam hati anak Adam, tidakkah kamu lihat matanya merah membara dan tegang urat lehernya”. (Riwayat Ahmad).

Marah akan menambahkan perasaan dendam, dengki, benci membenci sehingga kadangkala boleh membawa perceraian, pergaduhan dan pertumpahan darah dalam masyarakat.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Marah bukan sahaja membuka pintu kejahatan bahkan akan merosakkan perasaan ceria, damai, gembira yang dinikmati. Gelombang marah juga sering menimbulkan kesedihan.

Marah merupakan sifat keji, sedangkan pemaaf menjadikan jiwa kita suci. Marah menyebabkan kehidupan kita terganggu, sedangkan memaafkan akan menjadikan jiwa kita luhur.

Marah menjadikan tidur kita tidak aman, sedangkan memaafkan menjadikan tidur kita tenang. Marah boleh membawa kepada stress, darah tinggi, sakit jantung dan kerosakan pada tubuh badan, sedangkan pemaaf menjadi penawar kesihatan!

Allah SWT memuji orang-orang beriman yang pemaaf melalui firmanNya dalam surah asy-Syura ayat 37; “Dan juga bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatanperbuatan yang keji. Apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka selalu meminta maaf”.

Oleh itu, jauhilah sifat marah kerana sifat marah merupakan punca kepada segala keburukan, dan membawa martabat manusia turun serendah-rendahnya.

Agama Islam menyuruh umatnya mengekang kemarahan. Dan sentiasa bersikap pemaaf. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengekang perasaan marah dan suka memaafkan orang lain, mereka sebenarnya memiliki ciri-ciri orang–orang yang muhsinin iaitu orang yang suka berbuat kebajikan. Mereka yang bersifat sedemikian adalah orang yang sangat dicintai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah ali Imran ayat 134; “… orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah) bahawa Allah mencintai orangorang yang berbuat kebajikan”.

Oleh itu, kawallah marah dan tanamkanlah sifat pemaaf. Milikilah sifat tawaduk dan lemah lembut dalam pergaulan. Pepatah Arab ada menyatakan ; “Setiap kali engkau marah engkau sebenarnya telah meracuni tubuh badanmu”. Sesungguhnya kekuatan dan kemenangan itu tidak diukur berdasarkan pergaduhan dan sifat marah sebaliknya seseorang itu dianggap kuat apabila dapat menahan marahnya.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Bukanlah orang yang kuat itu diukur berdasarkan kekuatan fizikalnya, bahkan orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah”.

Agama Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam mengurus dan mengawal sifat marah.

1. Mengucapkan perkataan بِاالله ذُوأَع.

Hadis daripada Ibnu Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Apabila seseorang (yang sedang marah), maka katakanlah ِبِاالله ذُوأَع nescaya akan tenanglah marahnya” (Riwayat at-Tabrani).

2. Mengubah kedudukan.

Mengubah kedudukan juga dapat mengelakkan marah dari terus berpanjangan. Hadis daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Jika kamu merasa marah dan sedang dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, jika marah itu tidak hilang maka hendaklah ia baring”. (Riwayat Ahmad).

3. Mengambil wuduk. Mengambil wuduk ketika dalam keadaan marah juga boleh memadamkan api kemarahan.

Hadis daripada Atiyyah Bin Urwah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api. Dan sesungguhnya api dapat dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang dari kamu marah hendaklah dia mengambil wuduk”. (Riwayat Ahmad)

4. Mendiamkan diri.

Seterusnya bagi menahan perasaan marah juga kita dinasihatkan oleh Rasulullah SAW supaya diam dan tidak bercakap sepertimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RAnhuma; إِذَا غَضب أَحدكُم فَلْيسكُت “Apabila seseorang dari kamu sedang marah maka hendaklah dia diam”. Jelas meunujukkan bahawa ketika marah, percakapan kita akan melampaui batas kesedaran, perkataan yang dikeluarkan boleh membawa permusuhan,perceraian,dendam atau kemusnahan dan mengeluarkan perkataan yang dimurkai Allah.

Mengakhiri khutbah pada hari ini marilah kita hayati beberapa pengajaran seperti berikut;

1. Umat Islam hendaklah berusaha mengawal sifat marah dan menambahkan sifat pemaaf dalam diri.
2. Umat Islam hendaklah berusaha menjauhi sifat hasad, nista dan dendam yang berpunca daripada marah.
3. Umat Islam hendaklah berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat yang keji.
4. Marah yang terkawal dan kena pada tempatnya adalah diharuskan sepertimana dalam usaha mencegah perkara perkara mungkar dan maksiat.

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (al-A’raf ; 199-200).

jais.jpg
Tags: khutbah, marah
Subscribe

Posts from This Journal “marah” Tag

  • Khutbah Jumaat : Api Kemarahan

    Petikan Khutbah Jumaat 14 Ogos 2020M / 24 Zulhijjah 1441H: JAIS Api Kemarahan Ayat 134 Surah ali Imran yang dibacakan pada awal khutbah tadi…

  • ALLAH memuji hamba-Nya yang menahan marah

    DALAM Surah Ali-Imran ayat 133 dan 134, ALLAH SWT menyatakan, salah satu ciri orang bertakwa adalah insan yang mampu mengawal dan menahan marah.…

  • Kena musibah bukan tanda dibenci

    Usah tonjolkan kelemahan diri kepada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut insan yang lemah dan selalunya selepas selesai satu…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments