mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Ketenangan 
Kota Suci Mekah, Hak isteri, anak tuntut nafkah

Hak isteri, anak tuntut nafkah


NAFKAH bermaksud keperluan asas manusia untuk hidup. Dalam hidup berkeluarga ia dikenali sebagai sara hidup kerana manusia memerlukannya bagi meneruskan kehidupan iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan (ubat), keselamatan (perlindungan) dan kebajikan seperti bil utiliti.

Dalam Islam, tanggungjawab memberi nafkah terletak pada bahu lelaki, iaitu sama ada suami atau bapa. Suami mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah isteri, manakala sebagai bapa pula menanggung nafkah anak.

Tanggungjawab ini diperjelaskan dalam ayat 34 Surah An-nisa yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan dan memberi nafkah sebahagian dari harta mereka”.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi: “Dan hak-hak isteri ke atas kamu (suami) hendaklah berbuat baik ke atas mereka (isteri-isteri) dan kewajipan ke atasmu memberi makan dan pakaian mereka menurut yang sesuai.”

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Roos Niza Mohd. Shariff, Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan kewajipan seorang bapa menanggung nafkah anak.

Katanya, seorang bapa bertanggungjawab menanggung nafkah anak-anaknya sehingga anak lelaki mencapai umur baligh atau 18 tahun dan anak perempuan sehingga berkahwin (menurut mazhab Syafie dan Maliki).

“Seorang anak lelaki berusia melebihi 18 tahun, belum berkahwin, sihat dan berupaya menyara diri sendiri, tidak menjadi tanggungan ke atas si bapa,” katanya.

Namun, Mahkamah Syariah boleh atas permohonan anak tersebut atau mana-mana orang lain untuk melanjutkan perintah nafkah kepada suatu tempoh sebagaimana difikirkan munasabah, termasuk bagi membolehkan anak itu melanjutkan pelajaran.

“Pada masa ini, kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas masih di bangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi, iaitu masih memerlukan biaya bagi menampung yuran pengajian dan sara hidup,” katanya pada siri wacana perkongsian ilmu di bawah program Pemerkasaan Wanita dan Pembinaan Keupayaan bertajuk Prosedur Tuntutan Nafkah Anak dan Pengiraannya anjuran Pusat Penyelidikian Koridor Utara (NCRC), UUM di Sintok, Kedah baru-baru ini.

Tambah Roos Niza, jika anak itu cacat atau kurang upaya dari segi akal atau jasmani, tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal lain, dan tidak mampu hidup berdikari, maka bapa masih bertanggungjawab mengeluarkan belanja untuk nafkah anak tersebut, walaupun umur melebihi 18 tahun.

Katanya, tanggungjawab lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dalam Islam cukup jelas. Sebab itu, dalam apa keadaan sekali pun lelaki wajib memberi nafkah kepada anak dan isteri mereka. Jika gagal berbuat demikian boleh dibuat tuntutan nafkah oleh isteri, ibu kepada anak berkenaan, anak itu sendiri atau wakil mereka.

“Bila boleh membuat tuntutan? Ia secepat mungkin sebaik sahaja bapa sudah tidak memberi nafkah. Jika ada tunggakan, boleh dituntut bermula dari tarikh kegagalan bekas suami memberi nafkah sama ada selepas bercerai mahupun sebelum tempoh itu. Jika bercerai, tuntutan dibuat serentak dengan tuntutan perceraian. Elakkan bertangguh,” kata Roos Niza.

Kata Roos Niza, lelaki sepatutnya tahu tanggungjawab mereka ini tanpa memerlukan pihak isteri, bekas isteri atau anak-anak membuat tuntutan.

Namun katanya, jika lelaki berkenaan tidak menunaikan tanggungjawab mereka itu tindakan mahkamah boleh diambil.

“Jika di Kedah tuntutan nafkah anak dimohon berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 di Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.

Oleh itu katanya, golongan wanita khususnya perlu tahu bahawa di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah.

“Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya jika dia enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu.

“Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu dalam jagaan isterinya; dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri; apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain; atau apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah seksyen 23,” jelasnya.

Katanya, hak wanita dalam mendapatkan nafkah cukup jelas, cuma mereka yang dianiaya oleh suami atau bekas suami perlu segera bertindak untuk menuntut hak itu dengan memfailkan tuntutan di mahkamah syariah.

Seksyen 73 (1) berbunyi –
 “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang 
kepada kemampuan dan taraf 
kehidupannya atau dengan 
membayar kosnya.”


Ketenangan 
Kota Suci Mekah


BUKAN senang memperoleh peluang untuk menyentuh dan mengucup dinding Kaabah di Masjidilharam. Peluang keemasan itu digunakan sebaik mungkin bagi dijadikan kenangan terindah apabila pulang ke tanah air.

Umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang berada di bumi bertuah Mekah pastinya akan mengambil kesempatan sebanyak mungkin untuk melakukan amal ibadat, sekali gus mendekatkan diri kepada Maha Pencipta . - AFP

Tidak lepas peluang

BEGITU tenang Tanah Suci Mekah. Gambar yang diambil dari udara jelas menyajikan pemandangan yang begitu mengagumkan dan pastinya menggamit kenangan buat jemaah haji yang pernah berkunjung ke kota kelahiran Rasulullah SAW ini.

Pemandangan dari udara itu turut menyaksikan Masjidilharam dan Menara Jam berdiri gah tengah kota Mekah, sekali gus membanggakan seluruh umat Islam. - AFP

Gigih laksana ibadah haji

MESKIPUN terpaksa berkerusi roda, dua jemaah haji yang uzur tersebut tetap bersemangat melaksanakan rukun haji yang ditetapkan dalam ibadah berkenaan. Ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima dilaksanakan setiap tahun bagi mereka yang berkemampuan dan mendapat peluang melakukannya. - AFP

Cedera terkena peluruh getah

DUA petugas kesihatan di sebuah hospital di Srinagar, India, memeriksa tahap kecederaan yang menimpa seorang Muslim Kashmir selepas terkena peluru getah dilepaskan oleh pasukan keselamatan India semasa tunjuk perasaan baru-baru ini.

Protes tersebut dilakukan bagi menentang pemerintahan India di wilayah itu yang menyebabkan kematian seorang pemimpin pemberontak popular di daerah itu dalam pertempuran dengan pihak tentera. - AFP

Tags: anak, isteri, mekah, nafkah
Subscribe

Posts from This Journal “nafkah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments