mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Al-Fatihah dalam solat, munajat atau formaliti?

SETIAP Muslim tahu bahawa surah al-Fatihah wajib dibaca setiap kali mengerjakan solat fardu atau sunat. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (al-Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna...” - Riwayat Muslim.

Malah, ketegasan Rasulullah SAW terhadap kewajipan tersebut lebih terserlah apabila dikatakan baginda mengulangi kenyataan itu sebanyak tiga kali.

Bagi pendakwah Islam kelahiran Dallas, Amerika Syarikat (AS), Sheikh Abdul Nasir Jangda menarik perhatian umum dengan menyatakan bahawa kedudukan surah terpenting itu dalam kalangan majoriti umat Islam hanyalah sebagai satu formaliti sahaja.

“Realitinya, surah al-Fatihah dihafal dan diingati oleh setiap peringkat umur umat Islam dan ada juga dalam kalangan kita boleh membacanya dalam satu nafas sahaja,” katanya yang merupakan antara tenaga pengajar Institut Qalam, Dallas, AS.

Ikut kuliah beliau selanjutnya:

Apakah kesan terhadap tanggapan itu (formaliti)?

Sheikh Abdul Nasir Jangda: Tanggapan sedemikian menyebabkan ramai yang mudah hilang fokus ketika surah itu dibaca oleh imam solat walaupun pada awalnya dia berazam untuk fokus terhadap bacaan imam dan juga diri sendiri.

Apakah yang difikirkan?

Ketika itu, pemikiran kita melayan perkara berkaitan dengan urusan dunia. Ada juga yang melihat dinding atau karpet masjid, dan tidak kurang juga melihat kawan-kawan.

Semua itu, seolah-olah mengagumkan walaupun masjid tersebut bukanlah kali pertama dikunjungi. Dinding atau permaidaninya sudah banyak kali dilihat. Cuma, apa yang pasti, perbuatan itu berlaku tanpa disedari oleh jemaah bersebelahan.

Bilakah kita mula sedar kembali?

Kita akan mula sedar apabila imam mula menghampiri baris atau ayat-ayat terakhir dalam surah al-Fatihah. Jika surah kedua selepas al-Fatihah itu menarik, anda akan mula fokus dan kalau tidak, pemikiran tadi akan bersambung kembali.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Sepatutnya, umat Islam kena ingat bahawa surah al-Fatihah mempunyai kedudukan atau aset terpenting dalam bersolat sama ada fardu atau sunat.

Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa bacaan surah al-Fatihah itu merupakan satu hubungan terus antara Allah SWT dengan hamba-Nya. Ini jelas dalam satu hadis Qudsi baginda SAW (Riwayat Muslim): “Abu Hurairah berkata: “Kami berada di belakang imam.” Dia menambah: “Bacalah al-Fatihah itu di dalam hatimu, kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Allah berfirman: “Aku telah membahagi solat menjadi dua bahagian antara Diriku dengan hamba-Ku. Dan bagi hamba-Ku apa ia minta.” Hashnan Abdullah Utusan Malaysia Rencana 15 Oktober 2016 12:20 AM

Tags: al-fatihah, munajat, solat
Subscribe

Posts from This Journal “al-fatihah” Tag

  • Perintah mempelajari sejarah

    SURAH al-Fatihah atau juga disebut Ummul Quran yang kita baca setiap kali dalam sembahyang mengandungi perintah Allah SWT untuk mempelajari…

  • Bacaan al-Fatihah di belakang imam

    ANTARA isu yang hangat dibincangkan dalam kalangan ulama Islam ialah tentang adakah perlu bagi makmum membaca al-Fatihah di setiap rakaat dan adakah…

  • Satelit, kotak hitam, al-fatihah

    MENCARI pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak semudah menggapainya umpama dalam kolam renang (swimming pool). Usaha pencarian memasuki dua minggu…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments