mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Persiapan Menghadapi Hari Yang Dijanjikan ”

Petikan Khutbah Jumaat 21 Oktober 2016: JAIS

“Persiapan Menghadapi Hari Yang Dijanjikan ”

Firman Allah SWT dalam surah ali Imran ayat 102;“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim (beragama Islam)”.

jais.jpgTahukah kita apakah hari yang dijanjikan itu? Iaitu saat dimana ditiupkan sangkakala oleh Malaikat Israfil. Pada tiupan pertama, seluruh alam ini binasa, bukit bukau menjadi debu yang berterbangan, bintang-bintang dan cakerawala gugur bertaburan, bangunan-bangunan tinggi tersungkur menyembah bumi dan pada hari itu semua makhluk menjadi binasa. Yang tinggal hanya Allah SWT yang bersifat Baqa’.

Kemudian selepas itu ditiupkan pula sangkakala yang kedua, maka seluruh umat manusia akan dibangkitkan oleh Allah SWT daripada kubur masing-masing, dan inilah yang dikatakan sebagai hari yang dijanjikan oleh Allah SWT telah tiba seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 68;“Ditiupkan sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi secara mendadak, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masingmasing)”.

Dengan ini jelaslah kepada kita tentang hari yang dijanjikan itu, iaitu hari di mana setiap orang akan kembali kepada Allah SWT untuk menerima balasan bagi setiap apa yang telah kita kerjakan di dunia ini. Jika kita melakukan perbuatan yang baik, maka kita akan mendapat balasan yang baik disisi Allah SWT. Adapun sebaliknya, sekiranya kita melakukan perbuatan dosa dan maksiat maka balasan buruk akan menunggu kita di sana kelak. Ingatlah setiap apa yang dijanjikan oleh Allah SWT ini merupakan suatu yang wajib kita imani. Tidak dapat tidak, hendaklah kita meyakininya dengan sepenuh keimanan.

Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RAnhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pertama, pemimpin yang adil. Kedua seorang pemuda yang hidup membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga seorang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid. Keempat, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah. Kelima, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata “Aku takut kepada Allah SWT”. Keenam, seseorang yang bersedekah secara rahsia hingga seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta ketujuh, seorang yang berzikir kepada Allah ketika bersendirian hingga berlinang air matanya”.

Kita tidak tahu bila kita akan mati. Kita tidak tahu bila kiamat akan berlaku. Namun apa yang perlu kita buat ialah persiapan untuk menghadapi mati yang mana ianya wajib ke atas setiap yang hidup. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita di dunia ini direkod oleh Allah SWT melalui dua malaikat-Nya iaitu Raqib dan Atid. Dan rekod amalan itu akan diserahkan kepada setiap insan pada hari yang dijanjikan itu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Insyiqaq ayat 7-12;“Maka sesiapa yang diberi buku catatan amalannya di sebelah tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan kembali kepada kaum keluarganya (yang beriman di dalam syurga) dengan perasaan gembira. Dan sesiapa yang diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya, maka dia akan menderita (dengan) pembakaran api neraka yang marak menjulang”.

Mengakhiri khutbah hari ini, umat Islam diseru supaya;

1. Yakinlah bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja dan kita akan bertemu pada hari akhirat kehidupan yang kekal buat selama-lamanya.

2. Yakinlah bahawa setiap amalan kita akan direkod dan diperlihatkan pada hari akhirat kelak.

3. Buatlah persiapan dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang soleh sebelum datangnya hari kematian yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

4. Yakinlah bahawa hanya amalan-amalan soleh sahaja yang akan dibawa bersama ketika bertemu dengan Allah SWT.

“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari mendatang (hari Akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Menyeluruh Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan”. (al-Hasyr; 18).
Tags: hari, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “hari” Tag

  • Tidak perlu ghairah sambut

    KEBIASAAN pada bulan Mei ini, rakyat Malaysia meraikan pelbagai hari bersempena dengan insan-insan tertentu. Contohnya Hari Ibu, Hari Guru, Hari…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments