mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Berpada-pada dalam berhibur ”

Petikan Khutbah Jumaat 25 November 2016: JAIS
“Berpada-pada Dalam Berhibur ”
Dalam Islam hiburan itu adalah suatu aktiviti yang diharuskan namun perlaksanaannya mestilah mengikut syarat-syarat yang sesuai demi menjaga kesucian agama Islam daripada difitnah dan ditohmah oleh anasir luar.

jais.jpgHiburan secara umum diketahui adalah suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghiburkan, menggembirakan dan mententeramkan hati serta diri seseorang.
Allah SWT telah memberikan peringatan kepada hamba-Nya berkenaan hal ini melalui surah al-Hadid ayat 20; “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan), juga bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak. (Semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan para penanamnya gembira dengan kesuburannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan engkau melihatnya berwarna kuning; akhirnya ia menjadi hancur. (Ingatlah) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan daripada Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). (Ingatlah bahawa)kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya”.

Bahayanya budaya hiburan melampau di kalangan masyarakat kita khususnya kepada generasi muda, melalui senikata lagu berunsur cinta dan lucah, memuja wanita, mempamerkan pakaian-pakaian yang memberahikan serta menjolok mata, memujuk- mujuk dengan aksi-aksi yang memberangsangkan dan menggiurkan, berkaraoke yag melampau dan sebagainya.

Ini secara langsung mengakibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, perzinaan dan akhirnya melakukan pembuangan bayi serta lambakan anak-anak tidak sah taraf dalam masyarakat. Ini berdasarkan laporan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 159,725 kelahiran anak luar nikah didaftarkan bermula 2013 hingga kini.
Gejala hiburan melampau atau hedonisme ini bukanlah lagi menjadi rahsia kepada masyarakat umum, bahkan dilihat mereka yang mempunyai asas didikan juga turut terlibat sama lemas dihanyut badai yang dibawa oleh gejala ini.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 6; “Ada antara manusia, yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada hiburan-hiburan yang melalaikan yang akibatnya menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada jalan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan jalan Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Di samping itu, gejala hiburan yang melampau ini juga ada antaranya membawa satu misi atau tujuan untuk merosakkan akidah umat Islam pada kata-kata, pakaian dan mempamerkan gerak geri dan lambang yang meniru budaya dan cara hidup agama lain dan cinta kepada syirik.

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin berpesan kepada seluruh umat Islam supaya;
1. Sentiasa memelihara batas-batas aqidah, syariah dan akhlak Islam dalam semua aktiviti kehidupan termasuklah hiburan.
2. Semua pihak hendaklah prihatin dalam mendidik dan membimbing anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam kancah hiburan yang melampau.
3. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa hiburan yang melampau tidak akan membawa ketenangan dan kebahagiaan yang dicari, ia hanyalah umpama menggaru kurap dibadan, walaupun sedap digaru tetapi ianya akan merebak dan membawa kebinasaan kepada tubuh badan.

“(ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berlandaskan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan. Jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepada kamu, dan Dia tidak sekalikali meminta harta kamu”.  (Muhammad ; 36)
Tags: hiburan, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “hiburan” Tag

  • Islam meraikan muzik

    ANTARA pandangan Islam yang sering dipersoalkan oleh Barat kerana dianggap tidak relevan, tidak logik dan bertentangan dengan pemikiran moden…

  • Remaja Islam dan konsert maksiat

    BARU-baru ini kita dikejutkan dengan video yang menjadi viral di media sosial melibatkan beberapa remaja wanita Islam dipeluk dan dicium artis…

  • Hiburan yang bertentangan syariah

    F ITRAH manusia memang suka kepada hiburan. Namun baru-baru ini berlaku insiden yang telah mencalarkan hati dan perasaan pelbagai pihak, gara-gara…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments