mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Membanteras Gejala Sosial Tanggungjawab Bersama ”

Petikan Khutbah Jumaat : 30 Disember 2016 JAIS

 “Membanteras Gejala Sosial Tanggungjawab Bersama ”

Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan panduan kepada umat manusia dalam semua aspek kehidupan samada yang berkaitan dengan akidah, ibadah, muamalah mahupun akhlak dan adab sesama manusia.

jais.jpgHanya dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Anas bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda; ْ “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku”.

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membanteras kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Said AlKhudri R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan lisannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”.

Perkara utama yang harus ditekankan dalam usaha membanteras gejala sosial adalah dengan memberikan teguran dan nasihat yang baik kepada mereka yang terlibat dengan perkara-perkara kemungkaran.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 125;“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orangorang yang mendapat hidayah petunjuk”.

Sememangnya memberi teguran dan nasihat kepada mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Apatah lagi latar belakang mereka yang kebanyakannya tidak mendapat pendidikan agama secukupnya samada daripada ibubapa ataupun institusiinstitusi pendidikan.

Maka tidak hairanlah apabila kita dapati ada dikalangan kita hari ini tidak tahu membezakan antara perkara yang hak dan yang batil, makruf dan mungkar. Bagi mereka, apa yang diinginkan hanyalah untuk keseronokan hidup mereka sahaja.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 25;  “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab siksa-Nya”.

Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab membanteras gejala sosial yang berlaku di sekeliling kita adalah merupakan suatu tuntutan agama. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104; "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”

Sebagai sebuah masyarakat muslim, setiap individu berkewajipan mengambil tahu dan membuat aduan sekiranya terdapat perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam kepada pihak berkuasa atau pegawai masjid untuk tindakan lanjut.

Setiap individu dan organisasi di dalam masyarakat harus memainkan peranannya masing-masing. Namun ia mestilah dilaksanakan secara bersepadu, ikhlas dan bertanggungjawab.

Bagi setiap individu muslim, mereka perlu menunjukkan tauladan yang baik di dalam masyarakat samada dari sudut perbuatan mahupun perkataan.

Perbuatan dan tingkahlaku kita mestilah bertepatan dengan syariat Islam. Imej dan akhlak Islam mestilah ditonjolkan sebagai sesuatu yang terbaik agar dapat menghapuskan gejala mungkar yang sudah meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak remaja kita.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (al-Taubah : 71).

jais.jpg
Tags: khutbah, sosial
Subscribe

Posts from This Journal “sosial” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments