mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Kecelaruan Jantina"

Petikan Khutbah Jumaat 20 Januari 2017: JAIS

“Kecelaruan Jantina"

Isu kecelaruan jantina lelaki atau perempuan sudah wujud sejak sekian lama. Golongan ini sering juga dikenali dengan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual" yang menyerupai lelaki.

jais.jpgDengan kata lain, lelaki yang menyerupai perempuan iaitu meniru gaya orang perempuan samada dari segi pakaian yang berpakaian seperti perempuan dan berpewatakan perempuan.

Manakala wanita pula meniru gaya lelaki dengan berpakaian seperti lelaki dan berpewatakan seperti kelakuan lelaki. Manusia telah dilahirkan dengan sifat semula jadinya mengikut kehendak dan ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan.“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”

Perlakuan tidak bermoral yang dimaksudkan adalah perbuatan yang melawan fitrah diri sendiri dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah, tabiat dan sifat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

Berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibnu Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda bahawa perbuatan berlagak seperti lelaki atau perempuan adalah haram dan sangat ditegah dalam Islam.

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki”.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa iaitu: “Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:

1. Mengubah bentuk fizikal termasuk menukar jantina,
2. Gaya berjalan dan gerak badan.
3. Percakapan dan suara.
4. Perhiasan.
5. Pakaian

Mimbar hari ini juga mengharapkan peranan daripada ahli keluarga, masyarakat dan NGO untuk sama-sama memberikan bimbingan berterusan agar mereka melakukan perubahan ke arah kebaikan, dan juga membentuk satu program rawatan dan pemulihan bagi mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Ibu bapa pula disaran untuk mendidik anak mengikut fitrah anak tersebut seperti contoh membelikan pakaian yang bersesuaian mengikut jantina anak-anak.

Kewujudan kumpulan minoriti ini semakin menyerlah dalam masyarakat kita akan memberikan kesan yang buruk terhadap masyarakat dalam pelbagai aspek seperti moral, sosial, kesihatan, keagamaan, perundangan dan ekonomi.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pengaruh media massa dan media elektronik yang semakin canggih tanpa sempadan, laman sosial pula dijadikan medium untuk mereka berkomunikasi dengan mudah dan bersatu di dalam mengumpulkan pengaruh dan merancang aktiviti bersama dengan mudah tanpa batasan

Mengakhiri khutbah ini, marilah sama-sama kita renung bahawa;

1. Umat Islam hendaklah mensyukuri kejadian yang telah ditentukan tanpa mengubah ciptaan Allah dan redha dengan ketentuan tersebut.

2. Umat Islam wajib menyedari bahawa hukum pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dengan apa cara sekalipun adalah haram dari segi syarak.

3. Umat Islam hendaklah meningkatkan nilai taqwa dalam diri agar kita tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang terpesong dari syariat Islam.

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”. (al-Baqarah :21).
Tags: khutbah, lgbt
Subscribe

Posts from This Journal “lgbt” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments