mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

ALLAH memuji hamba-Nya yang menahan marah

DALAM Surah Ali-Imran ayat 133 dan 134, ALLAH SWT menyatakan, salah satu ciri orang bertakwa adalah insan yang mampu mengawal dan menahan marah. Marah salah satu sifat yang ada dalam diri manusia. Manusia normal semestinya terkesan dengan kemarahan sama ada dilakukan diri sendiri ataupun akibat dimarahi.

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, saat berada bersama keluarga, jiran tetangga, saudara-mara atau masyarakat sekeliling, terkadang  ada perbuatan mereka menimbulkan kemarahan kita. Tidak ketinggalan, marah juga sering kita alami dalam kehidupan berumah tangga.

AKAL FIKIRAN WARAS



Kemarahan yang timbul dalam hubungan suami isteri sudah semestinya terbit disebabkan seribu satu macam sebab. Dan dalam mengatasi kemarahan ini, kita memerlukan pertimbangan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang. Hasilnya kita mampu untuk mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan kepada pasangan kita.

ALLAH memuji hamba-Nya yang sanggup menahan kemarahan. Apatah lagi sekiranya kita mampu memberikan kemaafan kepada orang yang memarahi kita. Hal ini dituntut untuk diaplikasikan dalam keluarga.

Suami yang baik adalah suami yang mampu mengawal kemarahan terhadap kesalahan dilakukan isterinya. Begitu juga sebaliknya. Hal ini bertepatan dengan firman-Nya yang disebutkan di atas.

Suami atau isteri yang mampu mengawal kemarahan dipuji ALLAH. Benar, kita sering kali makan hati terhadap pasangan atas perbuatan yang dilakukan. Contoh paling mudah yang boleh kita lihat ialah apabila panggilan telefon tidak dijawab sewaktu kita berhajat untuk berbicara dengan pasangan. Apatah lagi sekiranya panggilan tersebut dibuat beberapa kali, tetapi tetap juga tidak ada jawapan. Maka hal ini akan menambahkan lagi kemarahan kita.

Kita juga turut diingatkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW supaya menahan sifat marah. Kerana kemarahan ini sebenarnya akan menghalang seseorang itu untuk masuk ke syurga-Nya.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Darda' RA bahawa suatu ketika ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW. Tunjukkan kepadaku amalan yang boleh membawaku masuk ke dalam syurga." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Jangan marah dan engkau akan masuk syurga." (Riwayat At-Thabrani)

TIP ATASI MARAH

ISLAM sebenarnya tidak lupa untuk memberikan garis panduan kepada umatnya cara untuk mengatasi kemarahan. Perkara ini juga membantu meredakan kemarahan yang ada khususnya dalam perhubungan suami isteri. Antaranya:-

1. Menerima kemarahan tersebut sebagai satu kebaikan. Sebagai contoh jika kita dimarahi atas sebab kesalahan yang dilakukan maka inilah peluang untuk baiki kembali tingkah laku dan perbuatan ke arah lebih baik.

2. Memohon perlindungan ALLAH. Iaitu tidak lain dengan cara memperbanyakkan istighfar memohon keampunan daripada-Nya. Hal ini dapat meredakan perasaan kemarahan yang membuak-buak.

3. Melakukan perbuatan lain atau beredar. Hal ini dapat dibuat pada saat kita sedang memarahi pasangan, bersegera untuk melakukan perbuatan lain seperti keluar dari rumah atau sebagainya. Setidak-tidaknya kita akan melupakan kemarahan sedikit demi sedikit.

4. Dengan menyucikan diri. Iaitu mandi atau berwuduk. Yang lebih baik setelah itu kita menunaikan solat sunat. Hal ini akan mengalihkan tumpuan dan fokus kita pada solat dan bukan pada kemarahan.

Kesimpulannya, kemarahan sama sekali tidak mungkin dapat dihilangkan dalam hidup manusia. Ia bukanlah satu kesalahan, tetapi akan menjadi mudarat apabila dilakukan bukan pada tempatnya. Ayuhlah kita belajar untuk mengawal kemarahan agar tidak melakukan perkara yang sebaliknya.

SOALAN 1:

Apakah tanda amal seseorang itu diterima?

ANTARA tanda amalan seseorang itu diterima ialah amal ketaatan dan amalan kebajikannya kian bertambah, serta terus melakukan ibadah dalam setiap keadaan. Malah mereka dihindari dari segala bentuk maksiat dan amat benci untuk mendekatinya.  Hasan Al-Basri menyatakan: "Apabila ALLAH SWT menerima amalan hamba-Nya, maka Dia akan memandunya kepada ketaatan dan menjauhkannya daripada maksiat."  Di antara tanda amalan diterima juga ialah hati yang bersih daripada penyakit dan suci daripada sebarang kekotoran. Hati dan jiwa ini dipenuhi dengan kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-Nya.

SOALAN 2:

Jika kita sudah bertaubat, adakah kita akan terlepas dari seksa kubur?

BAGI orang yang sudah bertaubat dengan meninggalkan segala kesalahannya, menyesali atas perbuatannya dan tidak akan mengulanginya lagi, maka dia mendapat keampunan daripada ALLAH. Sebagaimana janji ALLAH dalam firman-Nya: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahanmu dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)." (Surah An-Nisaa: 31)

Ayat ini menunjukkan syarat dihapuskan dosa adalah dengan meninggalkan segala dosa tersebut dan bertaubat. Maksud taubat secara bahasa adalah kembali. Orang yang bertaubat, bererti dia kembali ke pangkal jalan dengan menghindari kemaksiatan, menuju pada suruhan-Nya dengan memohon ampun kepada-Nya. Maka jika dia sudah bertaubat, dia bukan sahaja terlepas daripada seksaan di kubur, malah turut terhindar daripada seksaan api neraka. Na'uzubillah min zalik!

SOALAN 3:

Hukum tertidur ketika sedang solat?

JIKA sekadar mengantuk sahaja semasa solat seperti terlelap kerana terlalu mengantuk, hal itu tidaklah membatalkan solat tanpa ada khilaf dalam kalangan ulama. Namun, jika benar-benar tertidur semasa sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk: “Jika seseorang tidur di dalam solatnya ketika sedang duduk iaitu papan punggungnya tetap berada di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf dalam kalangan ulama mazhab Syafie.

Jika dia tidur bukan ketika duduk (iaitu ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf dan mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafie); batal solatnya dan juga wuduknya.” (Lihat Al-Majmuk, 2/16)

INFO:

Perkara yang perlu dielakkan sewaktu marah

- Tidak melampaui batas.

- Tidak menggunakan kata-kata kesat, menyakitkan hati dan menghina.

- Tidak memarahi pasangan atau anak-anak di hadapan orang lain.

- Jangan terlalu lama memendam kemarahan. Bersegeralah memberikan kemaafan kerana itu akan membuatkan

Tags: marah, sabar
Subscribe

Posts from This Journal “marah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments