mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Akidah Kukuh Ummah Teguh”

Petikan Khutbah Jumaat: 7 April 2017 JAKIM

“Akidah Kukuh Ummah Teguh”

Akidah ialah satu ikatan atau janji yang kukuh dalam konteks kepercayaan diri seseorang Islam yang tidak mungkin dapat dipisahkan.

jakim.jpgRasulullah SAW bahawa akidah atau keimanan itu bukanlah hanya bercita-cita, tetapi hendaklah diperteguhkan di dalam hati dan dibuktikan dengan amal oleh anggota badan.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiyaa, ayat 25: Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahikan kepadanya Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku.”


Akidah adalah teras di dalam kehidupan seseorang muslim. Ia wajib dibaja dengan mengamal dan menghayati segala ajaran Islam agar iman terus subur dan segar setiap masa. Sebaliknya, jika ia gagal dijaga, nescaya jadilah kita ibarat pokok yang sedang reput akar tunjangnya.

Iman tidak boleh berpisah dengan amal, dan amal tidak boleh terpisah dengan iman. Firman Allah SWT dalam Surah Al Araaf, ayat 58: Maksudnya: Dan negeri yang baik (tanahnya) tanamannya tumbuh dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik, tidak tumbuh tanamannya melainkan keadaannya bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda Kami dengan berbagai cara bagi orang yang bersyukur.”

Amalan khurafat dan syirik bukan sahaja mengakibatkan pengamal dan yang mempercayainya berdosa besar tetapi turut menjatuhkan imej agama dan negara apabila dikaitkan dengan sesuatu musibah yang menimpa.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang mendatangi tukang ramal lalu dia mempercayai perkataannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat Ahmad)


Dalam mencegah penularan fahaman sesat ini, maka usahlah kita terlalu mudah mempercayai benda-benda tahyul atau terlalu taksub dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda. Iman yang batal tidak diterima oleh Allah SWT sebagaimana amalan orang yang kafir, murtad dan musyrik.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, ayat 217:
Maksudnya: “… dan sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:
Pertama: Kekuatan dan keteguhan akidah menjadi faktor agama Islam berdiri dengan teguh dan kukuh.
Kedua: Penguasaan ilmu pengetahuan tentang akidah, ibadah dan akhlak perlu diteruskan  supaya setiap amalan tidak terpesong dari landasan yang sebenarnya.
Ketiga: Masyarakat Islam yang lemah pegangan akidah akan mudah terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Maksudnya: Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah An Nahl: 97)
Tags: akidah, khutbah, ummah
Subscribe

Posts from This Journal “akidah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments