mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah”

Petikan Khutbah Jumaat 07 April 2017: JAIS

"Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah”

Kesedaran terhadap kesan buruk dan bahaya penyalahgunaan dadah telah sampai ke tahap yang menyeluruh dalam anggota masyarakat. Namun rasa kebersamaan dalam menunaikan tanggungjawab memerangi musuh negara dan agama ini masih belum menjiwai hati dan nurani rakyat negara ini.

jais.jpgFirman Allah SWT dalam surah al-Tahrim, ayat 6;“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan”.

Terdapat dua faktor utama yang menjerumuskan anak-anak ke dalam kancah penagihan dadah iaitu faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Keluarga atau Ibu dan bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang sempurna.

Pemantauan sepenuhnya terhadap segala gerak geri anak-anak perlu sentiasa dilakukan. Ibubapa perlu lebih prihatin dengan perubahan tingkahlaku anak-anak seperti perubahan emosi, iaitu menjadi pemarah, agresif, melawan orang tua atau menjadi terlalu pendiam serta tidak mahu terlibat dengan aktiviti keluarga atau mengasingkan diri .

Antara tanda-tanda lain adalah seperti ponteng sekolah, kemorosotan pencapaian akademik, bergaul dengan rakan-rakan yang keciciran sekolah, tidak tidur malam, balik rumah lewat dan sering meminta duit berlebihan setiap hari.

Beberapa langkah pencegahan yang mesti dilaksanakan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pertama: ibu bapa hendaklah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak

Sebuah hadis daripada Amru Bin Syuaib, daripada ayahnya, adripada datuknya R.Anhum berkata bahawa Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)”. (Hadis riwayat Abu Daud).

Kedua: Ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat dengan anak-anak.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Syuara‟, ayat 214: “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat”

Ketiga: Ibu bapa hendahlah sentiasa mengawasi tingkah laku dan mengenali rakan anak-anak.

Keempat: Ibu bapa hendaklah sentiasa berdoa agar anak-anak sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah SWT serta dijauhkan dari pelbagai keburukan.

Doa adalah senjata bagi orang-orang Islam. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Ibu bapa supaya sentiasa mendoakan segala kebaikan untuk anak-anak dengan doa yang sering dibaca iaitu; “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakwa”.

Mengakhiri khutbah pada kali ini, kesimpulan yang boleh diambil daripada khutbah yang telah disampaikan tadi adalah:-

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tuntutan agama.

2. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan akidah yang kukuh sebagai benteng pertahanan diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan dimurkai Allah SWT.

3. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan tanggungjawab ini hendaklah dipikul oleh semua pihak.

4. Ibu bapa hendaklah peka dengan setiap tingkah laku dan perubahan sikap anak-anak sama ada diumah ataupun di luar rumah..

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar”. (at-Taghabun ; 15).
Tags: dadah, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “dadah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments