mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Pengembaraan Yang Menakjubkan”.

Petikan Khutbah Jumaat 14 April 2017M / 17 Rejab 1438H JAIS

“Pengembaraan Yang Menakjubkan”.

Bulan Rejab yang mulia ini, mengimani dan mengingati satu peristiwa besar dan bersejarah iaitu Israk dan Mikraj.

Allah SWT telah melakukan suatu perjalanan mulia kepada hamba-Nya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis di jais.jpgPalestin, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha diiringi Malaikat Jibril AS. Seterusnya naik lagi ke suatu tempat bernama Mustawa seorang diri tanpa diiringi sesiapa untuk menerima satu perintah yang penting iaitu Ibadah Solat.

Peristiwa berlaku 11 tahun selepas diangkat menjadi Rasul bersamaan 622 Miladi. Ia dirakamkan dalam surah al-Isra’ ayat 1 seperti pada permulaan khutbah tadi yang bermaksud; “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamb-aNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang menakjubkan masyarakat Quraisy ketika itu ialah perjalanan sejauh dari Makkah ke Baitul Maqdis itu lazimnya dilakukan selama dua bulan iaitu sebulan pergi dan sebulan balik.

Tetapi apa yang berlaku, perjalanan yang dianggap jauh itu berlaku pada satu malam dan menjelang waktu subuh sudah sampai semula ke Makkah.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Bazzar, Nabi Muhammad SAW telah melalui penempatan beberapa kaum yang hidupnya dalam maksiat. Antaranya mereka yang malas mendirikan solat, tidak membayar zakat harta yang cukup nisab dan haul, makan wang riba, mengumpat, menyebar fitnah, berzina, bersikap sombong, mengkhianati janji dan lain-lain. Demikian juga ditunjukkan ganjaran Allah yang besar bagi yang berjihad ke jalan Allah, bersedekah dan melakukan amal soleh.

Allah SWT menjelaskan keadaan neraka, sebagaimana firman-Nya dalam surah at-Takathur ayat 6-8;“(ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orangorang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”.

Menurut riwayat Anas Bin Malik, setelah Rasulullah SAW tiba di Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq, iaitu seekor binatang berwarna putih, besar sedikit daripada keldai dan kecil daripada baghal, baginda masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan salat dua rakaat. Menurut Ibnu Mas’ud RA, Jibril AS memimpin baginda ke hadapan untuk menjadi imam solat bersama Para Rasul, Ini merupakan petunjuk bahawa Nabi Muhammad SAW datang membawa syariat dan secara tidak langsung menamatkan syariat terdahulu.

Sebelum Mikraj Nabi Muhammad SAW dipertemukan dengan Nabi Adam AS yang diperkenalkan oleh Jibril AS sebagai bapa kepada seluruh umat manusia.

Peristiwa selanjutnya datang pula malaikat Jibril AS membawa dua jenis minuman, arak dan susu. Maka Nabi SW memilih susu. Jibril AS menyatakan bahawa Nabi telah memilih fitrahnya. Susu melambangkan kesucian.

Menurut Imam al-Nawawi, maksud fitrah ialah Islam. Ada pun arak adalah pokok segala kejahatan yang keji dan pekerjaan syaitan. Allah melaknat peminum arak, penjual, pemberi, pembawa, samada minum dalam botol kecil atau besar, tin kecil atau tin besar, semuanya adalah najis yang menjijikkan disisi Allah SWT, bahkan pintu neraka terbuka menunggu mereka di akhirat.

Kemuncak daripada peristiwa Israk dan Mikraj, Allah SWT memfardhukan ibadat solat 50 waktu sehari semalam. Setelah rayuan dibuat akhirnya Allah memperkenankan hanya 5 waktu sahaja, tetapi ganjarannya sama dengan 50 waktu.

Hadis daripada Umar Bin al-khattab R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda; َ “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya bermakna ia mendirikan agama, sebaliknya mereka yang meninggalkannya seolah-olah meruntuhkan agama”. (Riwayat al-Baihaqi).

Solat merupakan perhubungan kita dengan Allah SWT.

Mengakhiri khutbah ini, marilah kita renung dan hayati beberapa saranan berikut;

1. Umat Islam hendaklah beriman dan meyakini tentang wujudnya kejadian Israk dan Mikraj yang telah disebut dalam al-Quran dan hadis.
2. Umat Islam hendaklah memperingati kisah Israk dan Mikraj ini, bukan sekadar membaca kisahnya sebagai sejarah, tetapi mengkaji dan mengambil iktibar dan pengajaran setiap yang berlaku daripada peristiwa tersebut.
3. Umat Islam hendaklah memastikan diri dan keluarga tidak mengabaikan solat lima waktu, walau di mana sahaja kita berada untuk menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.
4. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap pelanggaran perintah Allah akan menerima pembalasannya seperti yang digambarkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Khutbah
5. Umat Islam diingatkan supaya melaksanakan kebajikan dan amal soleh untuk mendapat ganjaran Allah di akhirat kelak seperti yang digambarkan juga dalam peristiwa tersebut.

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”, yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (al-Najm ; 13-15).
Tags: khutbah, rejab, solat
Subscribe

Posts from This Journal “solat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments