mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Berdoa Adalah Ibadah”

Petikan Khutbah Jumaat 12 Mei 2017M / 15 Syaaban 1438H:JAIS

“Berdoa Adalah Ibadah”.

Berdoa merupakan satu ibadah. Doa bermaksud permintaan seorang hamba kepada Allah SWT untuk kebaikannya di dunia dan di akhirat. Ia dilakukan bersama-sama dengan usaha dan ikhtiar.
jais.jpg
Berdoa tidak terikat dengan masa dan tempat. Seseorang boleh berdoa pada bilabila masa sahaja sama ada siang atau malam, bahkan di mana sahaja tak kira di daratan, udara atau lautan. Begitu juga sama ada sedang bermusafir atau bermuqim, ketika kaya atau miskin dan ketika sihat atau pun sakit

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku”.

Berdoa merupakan perintah Allah Azza wa Jalla dan rasul-Nya SAW.

 Firman Allah SWT dalam surah al- „Araf ayat 55:“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dengan suara perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”.

Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda; َ “Sesungguhnya manusia yang paling bakhil ialah yang bakhil memberi salam, dan manusia yang paling lemah ialah yang lemah daripada berdoa”. (Riwayat Ibn Hibban).

Salman al-Farisi R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT itu maha hidup dan maha pemurah, apabila seseorang mengangkat kedua-dua tangan berdoa kepada-Nya, Dia tidak akan menolak dan menghampakannya”. (Riwayat al-Tirmizi)

Berdoa adalah merupakan amalan para Nabi dan Rasul AS. Bermula daripada nabi Adam AS sehinggalah kepada nabi kita Muhammad SAW yang sentiasa berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah SWT.

Berdoa yang disifatkan oleh nabi SAW sebagai ibadah adalah merupakan zikir mengingati Allah SWT. Seseorang yang sedang berdoa sebenarnya sedang berzikir kepada Allah SWT.

Fadhilat berdoa ini juga akan memberi manfaat kepada orang yang telah meinggal dunia iaitu manfaat kebaikan yang bakal diperolehi oleh orang beriman yang telah meninggal dunia hasil daripada doa orang-orang mukmin lain yang masih hidup.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 10;“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu”.

Di antara adab-adab tersebut ialah:

Pertama: Ikhlas dan yakin dalam berdoa. Seseorang yang berdoa hendaklah ikhlas dan yakin kepada Allah SWT serta tidak merasa ragu-ragu tentang penerimaanya.

Firman Allah SWT dalam surah Ghafir ayat 60;“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”.

Kedua: Bertaubat dan kembali kepada Allah.Seseorang yang ingin berdoa hendaklah bertaubat dengan memperbanyakkan istighfar.

FirmanNya menerusi ayat 10-12 surah Nuh bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia maha pengampun. (Kiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak pinak dan dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakannya bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Ketiga: Khusyuk penuh pengharapan.

Seseorang hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dengan perasaan yang mendalam serta pengharapan yang tinggi. Kerana hanya Allah SWT sahaja yang maha memperkenan dan mengkabulkan doa.

Diriwayatkan oleh Abu Sa‟id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud; “Seseorang muslim yang berdoa bukan pada perkara dosa dan memutuskan hubungan silaturrahim, nescaya allah akan memberikan salah satu daripada 3 perkara sama ada akan dimakbulkan doanya, atau akan ditangguhkan untuknya pada hari akhirat, atau dia akan dijauhkan daripada keburukan.”. (Riwayat Ahmad).

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin berpesan sebagaimana berikut;

1. Umat Islam hendaklah berdoa dan meminta hanya kepada Allah SWT dengan penuh yakin dan ikhlas.

2. Umat Islam mestilah berusaha dan berikhtiar disamping berdoa berterusan sebelum bertawakal kepada Allah SWT, dengan menjaga adab-adabnya untuk memastikan agar mendapat perkenan daripada Allah SWT.

3. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa tanpa mengira senang atau susah, miskin atau kaya, kerana doa adalah ibadah dan zikir kepada Allah SWT.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”. (al-A’raf ; 56).
Tags: doa, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “doa” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments