mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Marhaban Ya Ramadhan”

Petikan Khutbah Jumaat 26 Mei 2017M / 29 Syaaban 1438H:JAIS

 “Marhaban Ya Ramadhan”.

Ramadan merupakan bulan ibadah dan tarbiah iaitu bulan yang mendidik setiap individu muslim agar kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Ibadah puasa misalnya, bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bahkan ia juga berperanan mendidik mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah, berbohong dan jais.jpgcacian, tangan daripada melakukan dosa dan maksiat, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.

Sesungguhnya puasa mendidik kita bersifat ihsan dengan menjadikan kesemua anggota tubuh badan kita beribadah kerana Allah SWT dan melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183;“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Pada bulan ini, Allah SWT membuka peluang keemasan kepada orang yang beriman untuk meraih pahala berganda dan membuka seluasluasnya pintu keampunan untuk menerima taubat hamba-hamba-Nya. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan dosadosanya yang telah lalu.”

Daripada sudut kesihatan pula, puasa adalah merupakan kaedah terbaik bagi memelihara anggota badan daripada pelbagai penyakit. Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib dalam bukunya ‘Al-Wafi Fi At-Tib’ ( ِ ى ْ ل َ ا ا ( ِ بْ ّ ِي الط ي ف ْ ف menjelaskan bahawa puasa memberi peluang kepada organ-organ dalaman tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.

Ia juga menjadi penawar yang mujarab kepada penyakit-penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah. Lihatlah betapa besarnya hikmah Allah SWT mewajibkan hamba-hamba-Nya berpuasa. Selain daripada mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan ia juga memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Beberapa persediaan dalam menghadapi Ramadan yang bakal menjelang mestilah dilakukan antaranya ialah;

Pertama: Persediaan ilmu.

Persediaan ilmu sangat penting kerana ia memberi penjelasan tentang sah ataupun tidak ibadah seseorang di sisi Allah SWT. Dengan ilmu juga, seseorang itu dapat mengetahui kelebihan-kelebihan beribadah pada bulan Ramadan serta rukhsah (keringanan) yang berkaitan dengan ibadah tersebut.

Bertanyalah kepada alim ulama hukum hakam atau perkara yang kita tidak tahu mengenainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 43;“Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu yang lebih mengetahui sekiranya kamu tidak tahu”

Kedua: Persediaan rohani.

Persediaan ini melibatkan amalan-amalan penyucian jiwa dengan mengikhlaskan diri untuk bersedia mematuhi perintah Allah, melakukan amalan-amalan sunat seperti solat Sunat Tarawih, beristighfar, berzikir, membaca al-Quran, berselawat, qiamullail, beriktikaf, berpuasa sunat dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nuur ayat 31; “…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya”

Ketiga: Persediaan Fizikal.

Untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan hendaklah memastikan kebersihan tempat tinggal, tempat ibadah dan tubuh badan kita dalam keadaan sihat dan mampu melaksanakan ibadah biarpun dalam keadaan yang lapar dan dahaga.

Hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman yang lemah”. (Riwayat Imam Muslim).

Mengakhiri khutbah ini, marilah kita mengambil pengajaran, antaranya adalah;

1. Setiap umat Islam wajib beriman bahawa puasa Ramadhan adalah wajib keatas lelaki dan perempuan yang mukallaf kecuali mereka yang sakit atau uzur.

2. Setiap umat Islam wajib meyakini bahawa semua perintah Allah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan sempurna.

3. Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu, rohani dan jasmani yang kukuh untuk mendapat kesempurnaan beribadah pada bulan Ramadhan.

4. Umat Islam hendaklah menjauhkan diri dari sifat keterlaluan dan pembaziran dalam makan minum ketika berbuka puasa.

5. Umat Islam hendaklah memperbanyakkan amalan solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, dan membayar zakat.

Semoga Ramadan pada kali ini menjadi sebagai titik perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat dan ummah kepada yang lebih
cemerlang dan istiqamah. Seterusnya kita diizinkan Allah untuk melangkah masuk ke syurga tanpa sebarang sekatan dan halangan.

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah Engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!”. (al-Fajr ; 28-30).
Tags: khutbah, puasa, ramadhan
Subscribe

Posts from This Journal “ramadhan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments