mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Menuju Alam Barzakh”

Khutbah Jumaat : 21 Julai 2017M / 27 Syawal 1438H JAIS

“Menuju Alam Barzakh”.

Sebagai umat yang beriman dan berpegang kepada al-Quran dan alHadis serta akidah Ahli Sunnah wal Jamaah wajib mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati pasti berlaku, setiap manusia pasti melaluinya. Apabila ajal atau masa jais.jpgkematian telah tiba, mati tetap mendatangi manusia di mana jua manusia itu berada.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah an-Nisa ayat 78:“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”

Alam barzakh yang juga merupakan persinggahan pertama di antara tempattempat persinggahan alam akhirat sebelum kita dibangkitkan dan dihimpunkan di padang mahsyar..

Sebagaimana hadis daripada Uthman bin Affan R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama alam akhirat, jika seorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru haralah di tempat-tempat yang lain dengan lebih berat lagi”. (Riwayat al-Tirmidzi).

Dua malaikat Mungkar dan Nakir akan mendatanginya dan menyoal beberapa soalan bila kita sudah dialam batzakh. Ini adalah ujian pertama yang disebut fitnatul kubur atau ujian kubur. Sesiapa yang berjaya dalam ujian ini akan menerima nikmat, manakala sesiapa yang gagal pula akan menerima azab Allah SWT. Inilah yang dinamakan nikmat dan azab kubur.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan Abu Daud bahawa antara nikmat-nikmat kubur itu ialah:

1. Dibentangkan hamparan dari syurga.
2. Dipakaikan pakaian dari syurga.
3. Dibukakan pintu menuju syurga.
4. Didatangkan wangi-wangian dari syurga.
5. Dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta.
6. Diberikan cahaya yang menerangi kuburnya.
7. Tidur dengan lena sehingga hari kebangkitan.

Dan antara azab-azab kubur pula ialah:

1. Dibentangkan hamparan dari neraka.
2. Dipakaikan pakaian dari neraka.
3. Dibukakan pintu menuju ke neraka.
4. Didatangkan bahang api neraka.
5. Dipukul antara kedua telinganya.
6. Dihimpit bumi sehinga remuk tulang-temulangnya.

Nikmat-nikmat kubur disediakan bagi orang-orang yang taat kepada Allah SWT dan azab kubur disediakan bagi orang-orang yang menderhaka kepada Allah SWT itu berterusan hingga ke hari akhirat.

Ini dijelaskan sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma bahawa Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila seseorang itu telah mati, didedahkan padanya pagi dan petang tempat tinggalnya akan datang. Sekiranya simati itu dari ahli syurga maka syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli neraka maka nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya. Kemudian dikatakan kepada masing-masing: „Inilah tempat tinggalmu yang akan engkau dibawa kepadanya pada hari akhirat‟ “. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis daripada Anas bin Malik R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara akan mengikut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya; yang akan mengikutnya ke kubur ialah keluarga, harta dan amal, kemudian keluarga dan harta akan balik, dan tinggallah amal bersama-sama dengannya”. (Riwayat al-Bukhari).

Antara amal-amal soleh yang dapat membantu seseorang bagi mendapatkan nikmat-nikmat kubur ialah: Sedekah jariah, ilmu yang bemanfaat dan anak soleh yang mendokannya.

Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila seseorang manusia meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu; Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Muslim).

Amalan-amalan soleh yang dapat membantu menghindarkan azabazab kubur ialah: solat, puasa, zakat dan amalan-amalan kebaikan yang dilakukan. Amalan-amalan tersebut akan menjadi benteng dan penyelamat kepada simati daripada azab kubur.

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberatberatnya!" (Ghafir : 46).
Tags: khutbah, kubur, mati
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments