mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Lambaian Haji Tuntutan Ilahi

Petikan Khutbah Jumaat: 28 Julai 2017M / 04 Zulkaedah 1438H JAIS

“Lambaian Haji Tuntutan Ilahi

Allah SWT mensyariatkan kepada umat Islam yang melakukan ibadat haji agar memulakan rehlah iman ini dengan hati yang ikhlas, seperti yang terangkum dalam laungan talbiah.

“Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku memenuhi panggilanMu, Aku memenuhi panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu”.

Talbiah yang menyentuh emosi dan perasaan ini, menggambarkan keadaan umat Islam untuk sentiasa beriltizam dengan mentauhidkan Allah dengan hati yang penuh ikhlas serta menjauhi segala perbuatan syirik.

Dalam konteks ini Allah SWT berfirman dalam surah Al Hajj ayat 27 :“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”

jais.jpgMenunaikan fardhu haji merupakan salah satu dari Rukun Islam. Kewajipan menunaikan ibadah Haji kepada setiap umat Islam yang mempunyai kemampuan telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW dimana Abu Razin Al „Uqaili meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai bapanya yang telah tua, tidak mampu mengerjakan haji dan umrah, Rasulullah SAW menjawab:“Hajikan bagi pihak bapamu dan lakukanlah umrah”. (Riwayat at-Tirmizi).

Begitu juga Ibn Abbas R.Anhuma menceritakan bahawa dimana seorang wanita dari bani Juhainah datang bertanya kepada Rasulullah memberitahu bahawa ibunya telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi ia telah meninggal dunia sebelum nazarnya tertunai, adakah ia perlu menunaikan haji bagi pihak ibunya? Rasulullah menjawab dengan sabdanya:“Ya! hajikanlah bagi pihaknya. Adakah jika ibumu mempunyai hutang tidakkah kamu yang akan membayarnya? Oleh itu tunaikanlah kerana hutang kepada Allah lebih perlu ditunaikan”(Riwayat Al-Bukhari).

Seperti ibadah-ibadah yang lain, haji juga mempunyai peraturanperaturan dan pantang larang ketika dalam ihram dan ketika berada di tanah suci.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197:“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:“Sesiapa yang mengerjakan haji kemudian ia tidak mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak berbuat maksiat maka ia bersih dari dosa bagikan ia berada pada hari ia dilahirkan oleh ibunya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Antara satu umrah ke satu umrah yang lain adalah penghapus dosa. Manakala Haji yang mabrur tiada balasan yang lain melainkan syurga”. (Riwayat al-Nasa’ie).

Kepada para Jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini, kita doakan agar ibadah haji anda diterima oleh Allah SWT, diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Sekembalinya anda dari tanah suci nanti bererti anda telah berjaya menjalani segala ujian sepanjang melaksanakan ibadah haji.

Justeru itu, mantapkan keimanan dan ketakwaan kearah yang lebih baik dan hendaklah terus istiqamah dalam menunaikan ibadah seperti yang lazim dilakukan ketika berada di tanah suci seperti memperbanyakan membaca al-Quran, mengimarahkan masjid, beriltizam menunaikan solat berjemaah dan menampilkan diri dengan akhlak-akhlak Islam yang mulia.

Adalah diharapkan mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan haji hendaklah segera mendaftar dan jangan menangguhnangguhkannya, banyakkan bersabar, dan berdoa mudah-mudahan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan cepat mendapat giliran untuk menunaikannya.

Ada beberapa tausiah penting yang perlu diberi perhatian oleh bakalbakal Haji dan kepada kita yang telah mengerjakannya bahkan oleh seluruh para Jemaah sekalian iaitu:

1. Umat Islam wajib melaksanakan ibadah Haji bagi yang mampu dan cukup syarat semata-mata menjunjung titah perintah Allah SWT. 2. Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji hendaklah memurnikan niat semata-mata kerana Allah SWT. Bukan untuk melancong dan berhibur.
3. Umat Islam hendaklah mengingati bahawa mereka yang mampu dan cukup syarat tetapi tidak berniat untuk menunaikan Haji maka matinya dalam keadaan Jahiliah.
4. Umat Islam hendaklah mengambil iktibar dari hikmah ibadah haji iaitu mendidik diri agar sentiasa memelihara iman, lidah dan perbuatan supaya tidak terjerumus kearah melakukan perkara sia- sia dan maksiat, seterusnya menjadi individu muslim yang terbaik, memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (al-Baqarah : 127).
Tags: haji, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “haji” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments