mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Sampaikah Pahala Korbanku

Petikan Khutbah Jumaat 18 Ogos 2017M / 25 Zulkaedah 1438H:JAIS

 “Sampaikah Pahala Korbanku”

Orang-orang yang beriman pastinya teruja dengan fadhilat dan kelebihan yang sangat berharga dijanjikan Allah melalui lisan NabiNya Muhammad SAW seperti dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Aishah R.Anha:“Tiada amalan anak Adam yang sangat Allah hargai pada hari Raya Korban selain dari menumpahkan darah melalui sembelihan Korban. Sesungguhnya binatang-binatang itu akan didatangkan pada hari qiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya, dan sesungguhnya darahnya akan diletakkan oleh Allah SWT di tempat yang mulia sebelum ia menitis ke atas bumi. Oleh itu ikhlaskanlah niat anda melakukannya”. (Riwayat Ibn Majah).jais.jpg

Hadis yang dikeluar oleh al-Hakim melalui sanadnya dari „Imran ibn Husain R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Wahai Fatimah!. Pergilah kamu menyaksikan korbanmu, sesungguhnya dosa-dosamu akan diampunkan sejak titisan pertama darah yang mengalir darinya, dan sebutlah sesudah itu:Imran bin Husain R.Anhu bertanya kpd Rasulullah: Adakah kelebihan ini khusus untuk tuan dan ahli keluarga tuan sahaja ? Baginda menjawab: Bahkan tidak, ia sesungguhnya untuk semua umat Islam” (Riwayat al-Hakim).

Untuk memastikan kita dapat menghayati ibadah korban ini dengan penuh keyakinan marilah kita mengetahui terlebih dahulu apakah asasasas syarak yang berkaitan dengan arahan melaksanakan ibadah tersebut, antara lain:

Pertama: Firman Allah dalam surah al Kauthar ayat 2:“…maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan lakukanlah sembelihan korban”.

Kedua: Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Barra‟ R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali kita lakukan pada hari Raya korban ini ialah mendirikan solat iduladha, kemudian kita balik lalu kita menyembelih korban. Sesiapa yang melakukannya seperti itu maka ia telah menepati sunnah, tetapi sesiapa yang menyembelih sebelum solat maka itu hanyalah sembelihan untuk keluarganya dan bukan dikira sebagai nusuk (korban)”. (Riwayat Al-Bukhari).

Ketiga : Ijmak Ulama‟. Ibn Qudamah dalam kitab al Mughni Jilid 11 muka surat 95 menyatakan bahawa ibadah korban juga disyariatkan dlm Islam melalui ijmak Ulama‟ selepas dari Quran dan Hadis.

Tidak syak lagi bahawa ibadah korban telah disyariatkan oleh Allah kepada umat Muhammad ini melalui sumber-sumber yang disebutkan tadi. Ibn saad telah menjelaskan dlm kitabnya At-Tabaqat bahawa solat Idulfitri dan solat Iduladha, zakat fitrah dan ibadah korban mula disyariatkan pada tahun kedua Hijri atau kira-kira lapan belas bulan sesudah Nabi berhijrah ke Madinah.

Melakukan ibadah korban adalah Sunat Muakkad atau sunat yang sangat dituntut, ini adalah pandangan jumhur atau mejoriti ulama termasuk mazhab Syafie yang menjadi pegangan kita di negeri Selangor. Pendapat ini bersandarkan kepada perbuatan Abu Bakar dan Umar R.Anhuma yang pernah tidak turut serta dalam melakukan ibadah korban agar tidak dianggap bahawa korban itu wajib

Namun begitu, terdapat pandangan yang menyatakan ianya wajib, ini adalah pandangan imam Al-Auzaie dan Al-Laith, serta mazhab Hanafi dan satu riwayat Al-Imam Ahmad ibn Hambal. Mereka berpegang kepada amaran Rasulullah SAW kepada orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukan korban agar jangan menghampiri masjid an-Nabawi. Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Majah melalui sanadnya Abu Hurairah R.Anhu.

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan ibadah korban:

1. Bolehkah peserta korban memakan daging korban yang ia sertai?
Jawapannya , boleh kecuali jika korban itu diniatkan nazar.

2. Bolehkah daging korban atau mana-man bahagian binatang korban diberikan kepada tukang sembelih atau petugas-petugas sebagai upah atau ganjaran kepada khidmat mereka?
Jawapannya, tidak boleh, jika disyaratkan sebagai upah atau ganjaran, maka ia akan menyebabkan korban itu menjadi tidak sah.

3. Bagaimanakah cara daging itu diagihkan?
Jawapannya: Afdhal daging korban itu dibahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian diambil oleh peserta dan keluarganya untuk dimakan, satu bahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan bakinya dihadiahkan kepada jiran-jiran tanpa melihat kepada miskin atau kaya seseorang itu.

4. Bolehkah daging korban itu disimpan lebih tiga hari?
Jawapannya boleh, walau beberapa lama sekali pun.

5. Bolehkah membuat korban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Jawapannya: boleh, mudah-mudahan pahalanya sampai kepada si mati.

Menurut pendapat Imam Al-Nawawi dalam kitab Majmuk Syarahmuhazzab Jilid 8 mengambil kira pandangan Al-Abbadi yang mengatakan sah dan sampai pahalanya kepada si mati walau tanpa wasiat. As Sheikh Daud Al-Fatani pula dalam kitab Furu‟ Masail menukil perkataan As Sheikh Qattan yang mengatakan sah korban untuk orang yang telah meninggal dunia walaupun tanpa wasiat.

6. Bolehkah apda seekor lembu itu diniatkan dengan berbagai tujuan seperti korban, akikah dan sebagainya?
Jawapannya: Boleh.

7. Jika kebetulan seseorang itu mendapat bayi yang belum diaqiqahkan, manakah yang lebih afdhal aqiqah atau korban?
Jawapannya: Afdhal ia membuat korban, kerana aqiqah boleh dilakukan pada masa lain yang masih panjang. Namun ada fatwa yang mengatakan dalam masalah ini jika ia berniat untuk kedua-duanya sekali maka sah dan memadai. Pendapat ini boleh dirujuk pada kitab Tuhfatul Muhtaj yang dikarang oleh As Sheikh Ibn hajar al-Haitami menyebutkan:“Jika sesaorang itu berniat korban dan aqiqah (pada seekor kambing) maka berhasillah pahala kedua-duanya sekali, berbeza dengan pendapat yang menyalahinya”.

Mengakhiri khutbah ini marilah kita muhasabah diri dengan menitik beratkan beberapa perkara berikut:

1. Umat Islam wajib akur terhadap apa saja yang diperintahkan Allah SWT dan Rasul SAW termasuk ibadah korban dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

2. Umat Islam wajib mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan dengan membantu dan prihatin terhadap saudara-saudara seagama yang kurang bernasib baik.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

“Setiap Umat kami tetap kepada mereka cara beribadah korban supaya mereka mengingati Allah yang telah mengurniakan kepada mereka binatang-binatang ternakan. Maka sesungguhnya tuhanmu adalah tuhan yang satu dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh” (Surah Al Hajj, ayat 34).
Tags: khutbah, korban, pahala
Subscribe

Posts from This Journal “korban” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments