mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Menghargai Pengorbanan Wanita

Petikan Khutbah Jumaat: 15 September 2017M /24  Zulhijjah 1438H JAKIM

Menghargai Pengorbanan Wanita

Allah SWT telah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang mulia di samping lelaki berdasarkan persamaannya dalam beberapa tanggungjawab dan perbezaan peranannya bersesuaian dengan kedudukannya.
jakim.jpg


Maka selayaknya mereka menerima pengampunan dan kurniaan sepertimana yang dikurniakan kepada kaum lelaki.

Surah al-Ahzab ayat 35 yang dibacakan tadi yang bermaksud; Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Dalam lipatan sejarah, kaum wanita pernah dilayan dan diberi tanggapan negatif oleh sebahagian manusia.


Dengan kedatangan dan keadilan Islam membebaskan mereka daripada layanan dan tanggapan negatif tersebut.

Pengorbanan wanita silam bukan sekadar teladannya untuk dicontohi oleh kaum wanita sahaja bahkan kaum lelaki juga.

Saidatina Hajar Alaihassalam yang telah dipahat  kisah pengorbanannya dalam sejarah Islam.

Ratu Saba' yang dikenali sebagai Balqis membuktikan wanita pernah mencapai taraf pemikir yang hebat.

Saidatina Khadijah R.ha yang telah menjadi rakan strategik ekonomi berjaya sebelum dimuliakan sebagai isteri Nabi SAW.

Begitulah wanita-wanita seumpamanya seperti Asiah, Maryam, Sumayyah, Aisyah, Fatimah, Asma’, Rabiatul Adawiyah dan selain mereka ini yang namanya pernah mengharumkan dunia Islam. Sebahagian mereka ini dinobatkan sebagai Ummahat al-Mukminin (Ibu kepada orang-orang beriman).

Hargailah mereka, setidaknya merekalah yang telah melahirkan zuriat dan umat manusia untuk dikenangi pengorbanannya.




Mafhumnya: Abu Hurairah RA berkata, “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling patut saya perlakukan dengan baik?” Baginda menjawab, “Ibumu" . Kemudian dia bertanya “Siapa lagi?” Jawab Rasulullah SAW “Ibumu,”  . Dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Jawab baginda “Ibumu,”. Dia bertanya lagi “kemudian siapa?” baginda menjawab,“Kemudian ayahmu.” (Muttafaq ‘alaih)

Pengiktirafan diberikan terhadap sumbangan yang diberi tanpa mengira kaum dan jenis.

Negara pernah menggubal Dasar Wanita Negara pada tahun 1989 yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dari sudut ekonomi, perundangan, politik, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, pembuat keputusan dan lain-lain sebagai ejen perubahan kepada masyarakat.

Menghadapi Tranformasi Nasional (TN50), pengiktirafan wanita di negara ini juga terbukti dengan pelantikan beberapa orang Menteri dari kalangan wanita dan juga pelantikan dua orang hakim wanita pertama Mahkamah Tinggi Syariah.

Para wanita dikurniakan kemuliaan dalam Islam kerana layak menerima taklif, tanggungjawab, pembalasan dan berhak mendapat layanan yang sewajarnya tanpa mengira situasi dan masa.

Tanggal 16 September setiap tahun, kita meraikan hari penubuhan Persekutuan Malaysia yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan supaya dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang.

Sesuai dengan sifat Islam yang cintakan kedamaian dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Dalam pada kita menikmati kedamaian dan keamanan di Negara kita, sedarilah bahawa saudara seiman kita di wilayah Arakan sedang menghadapi tribulasi yang sangat besar dan penindasan dalam kehidupan mereka. Kaum Rohingya disembelih, ditoreh, dirogol, dibunuh, dibakar dan bermacam lagi bentuk seksaan oleh tentera kuffar di Negara mereka sendiri.

Justeru, panjatkanlah doa kepada Allah Azza wa Jalla supaya meringankan beban mereka dan menyelamatkan muslimin Rohingya yang tertindas.



Kita juga memohon kepada Allah SWT supaya mereka diberi kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan menghancurkan penentang-penentang dan pembenci Islam seluruhnya.


Mengakhiri khutbah pada minggu ini khatib menyarankan beberapa perkara;




Pertama: Mimbar menyeru supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasikan wanita tanpa hak.


Kedua: Mimbar juga menyeru supaya kehormatan dan ketinggian kaum wanita tidak dipandang remeh dengan mengenepikan pandangan dan sumbangan mereka.


Ketiga: Mimbar juga menyeru supaya wanita hari ini dapat meletakkan kedudukan diri sehebat wanita Islam zaman silam dengan asas keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.



Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.(Surah al-Hujurat ayat 13)


Tags: khutbah, pengorbanan, wanita
Subscribe

Posts from This Journal “pengorbanan” Tag

  • Khutbah Aidiladha Manifestasi Pengorbanan

    Petikan Khutbah Aidiladha 20 Julai 2021M/ 10 Zulhijjah 1442H JAWI Manifestasi Pengorbanan Alhamdulillah, sekali lagi Aidiladha dapat kita…

  • Hargai pengorbanan ibu bapa

    Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dalam mewujudkan rumah tangga aman dan bahagia. Ketua keluarga memainkan peranan utama memimpin isteri dan…

  • Meletakkan mahabbah di tempat yang betul

    Sheikh Mohammad membicarakan mengenai mahabbah yang boleh dilahirkan daripada percakapan, hati, niat dan perbuatan. Anak perlu ikut cakap ibu bapa…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments