mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Perjuangan Yang Belum Selesai”

Petikan Khutbah Jumaat 29 Sept 2017M / 08 Muharram 1439H: JAIS

“Perjuangan Yang Belum Selesai”.

Semangat para pejuang terdahulu yang berjuang hingga titisan darah terakhir harus kita jadikan pengajaran bersama. Tanpa semangat perjuangan golongan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan jais.jpgagensi-agensi keselamatan yang lain, tidak mungkin kesejahteraan rakyat serta negara dapat kita nikmati seperti hari ini.

Kita harus sentiasa menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu. Mereka sanggup meninggalkan harta benda dan keluarga tercinta semata-mata untuk keluar berjuang mempertahankan keamanan negara.

Pepatah Arab ada menyebut:  “Sesungguhnya pemuda yang sebenar ialah orang yang sanggup berkata inilah saya. Tetapi bukanlah pemuda yang sebenar mereka yang berkata dengan kehebatan bapanya”.

Islam sering mendorong kita agar sentiasa mempersiapkan diri sepanjang masa memandangkan kehadiran musuh amat sukar diramal serta dijangka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu…”.

Rakyat Malaysia yang benar-benar ikhlas cintakan negara hendaklah sentiasa menjunjung tinggi keamanan yang telah kita nikmati ini.

Hadis daripada Said Bin Zaid R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya, atau kerana mempertahankan nyawanya, atau kerana mempertahankan agamanya maka dia syahid”. (Riwayat Abu Daud)

Keamanan negara adalah merupakan nikmat yang besar dikurniakan Ilahi. Sesungguhnya Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun adalah antara lainnya memberi pengiktirafan kepada barisan pahlawan negara. Kesanggupan mereka mempertahankan negara dianggap satu ibadah fardu kifayah yang dituntut dalam Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 23: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengajak hadirin sekalian supaya menghayati dan meneliti perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam wajib mempertahankan kedaulatan negara kerana termasuk dalam salah satu daripada maqasid syariah.

2. Umat Islam wajib menolak semua perkara dan anasir yang boleh merosakkan keamanan, perpaduan dan menggugat kedaulatan agama.

3. Umat Islam hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang mempertahankan agama dan negara.

“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera AlAhzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya". dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah”. (al-Ahzab : 22)
Tags: khutbah, perjuangan
Subscribe

Posts from This Journal “perjuangan” Tag

  • Kisah Nabi Ibrahim inspirasi perjuangan

    SERING kali kita melihat jalan dakwah ini payah, penuh rintangan dan dalam pada itu kita juga sering lupa bagaimana Allah SWT menghadirkan pelbagai…

  • Semangat perjuangan Rasulullah SAW

    WALAUPUN peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW sudah lama berlalu, namun tetap menjadi satu momen sejarah yang kita sentiasa kenang dan…

  • Perjuangan memartabatkan Islam

    SELAMA lebih lima dasawarsa negara memacu pembangunan berpaksi peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai dasar negara. Perlembagaan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments