mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Kukuh Integriti Teguh Kompetensi”.

Petikan Khutbah Jumaat:  20 Oktober 2017M / 29 Muharram 1439H JAKIM

Kukuh Integriti Teguh Kompetensi”.

Budaya kerja ditakrifkan sebagai etika kerja termasuklah mencapai matlamat, penggunaan sumber-sumber dan faktor pengeluaran mengikut peraturan-peraturan dalaman dan luaran yang telah dikanunkan hubungan manusia jakim.jpgdi dalam organisasi, hubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan, perlaksanaan hak dan tanggungjawab, peraturan bekerja, kelahiran suasana bekerja yang kondusif, peranan disiplin di dalam menentukan kestabilan organisasi dan sebagainya.

Namun ada segelintir pekerja sama ada golongan profesional atau sokongan yang tidak serius dalam persoalan budaya kerja ini. Kebanyakan golongan ini hanya ala-kadar sahaja, malah ada yang beranggapan bahawa kerja merupakan satu perkara yang boleh dibuat atau ditangguhkan dahulu.

Hakikatnya, kerja keras, kerja cerdas, kerja tuntas dan kerja ikhlas adalah pedoman yang dituntut kepada kita.

Hukama pernah menyatakan, untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya.

Sabda Rasulullah SAW: Mafhumnya: “Daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu adalah hati.”

Niat merupakan elemen paling penting di dalam kehidupan. Dengan niat yang betul, sesuatu ibadah menghasilkan pahala kepada pelakunya, bahkan setiap aktivitinya dapat ditingkatkan menjadi ibadat sepanjang masa sesuai dengan ketentuan syarak.

Bagi memastikan hidup ini mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kita hendaklah celik mata hati. Kelangsungan sifat ini akan membina individu yang cemerlang dalam melaksanakan peranan, pekerjaan dan tanggungjawab mereka dengan baik.

Setiap  tutur kata, amal usaha dan pengorbanan tertumpu kerana Allah SWT dan mengharapkan keredhaan-Nya tanpa mengharapkan faedah nama dan gelaran, pangkat dan kedudukan, sanjungan dan penghormatan serta ketinggian dan kemuliaan zahir. Ini sekaligus dapat menghindarkan kita daripada amal dan akhlak yang hina.

Firman Allah SWT dalam Surah al An’am ayat 162 – 163: Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam Tiadalah sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama yang berserah diri kepada Allah.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al Qasas ayat 26 iaitu: Maksudnya:Salah seorang dari keduanya berkata: Wahai ayah, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi amanah.”

Bukan  ikhlas semata-mata menjadi penguat kepada nilai keunggulan Nabi Musa a.s tetapi sifat amanah dan al Qawiy (kuat) yang boleh ditafsirkan sebagai nilai integriti dan nilai kompetensi. Dari sifat ini, seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yang baik (mahmudah) di samping mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan tugas secara berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Jika kita terlalu mementingkan kehidupan akhirat sehingga meninggalkan tuntutan dunia juga dilihat tidak wajar. Kesannya, umat Islam akan berada di dalam keadaan kerugian. Justeru kita dituntut menjadi umat yang Wasati (sederhana) agar maju dalam semua lapangan. Ini dapat mengukuhkan integriti dan meneguhkan kompetensi serta meningkatkan lagi produktif seseorang pekerja untuk kesejahteraan agama, masyarakat, negara dan ummah.

Data dalam konteks pengurusan negara merupakan elemen penting dalam fasa menggubal, melaksana dan memantau kelangsungan pembangunan negara akan terus ke hadapan. Atas kepentingan ini dan pengiktirafan kerajaan kepada golongan profesional statistik di negara ini, maka sambutan Hari Statistik Negara yang julung-julung kali diadakan pada hari ini.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib mengajak sidang jemaah sekalian menghayati dua rumusan utama iaitu:

Pertama: Pekerjaan menuntut komitmen dan kesabaran yang tinggi untuk mencapai mutu kerja dan produktiviti cemerlang serta meningkatkan nilai-nilai akhlak demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Kedua: Proses pendidikan amalan budaya kerja yang sihat dan dipenuhi nilai-nilai murni agama merupakan satu unsur penting dan perlu dihayati serta diamalkan sepanjang masa.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan(Surah An Nahl: 90)
Tags: budaya, etika, integriti, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “integriti” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments