mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Membangun Ekonomi Umat Produktif”.

Petikan Khutbah Jumaat 27 Oktober 2017M / 04 Safar 1439H JAKIM


Membangun Ekonomi Umat Produktif”.

Islam ialah satu cara hidup yang syumul, yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

jakim.jpg

Islam telah menggariskan peraturan dan sistem yang sangat tepat dengan fitrah manusia tentang bagaimana mereka patut berhubungan sesama mereka sama ada menerusi bidang perekonomian, politik mahupun sosial.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mengungkap rasa syukur agar dapat menyempurnakan amanah yang diberi tanpa mengharapkan belas ihsan orang semata-mata.

Firman Allah SWT dalam surah al ‘Araf ayat 10: Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”

Antara sistem kewangan Islam dalam pembangunan ekonomi umat adalah menerusi pengurusan zakat dan waqaf secara profesional dan produktif  yang membantu meningkatkan ekonomi masyarakat, ia juga membantu kerajaan membangunkan perekonomian negara yang berdaya saing.
Dengan perancangan, seseorang itu akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan terkini kewangannya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai dan akhirnya membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Allah SWT menerusi surah Yusuf ayat 67: Maksudnya:Dan ia berkata lagi: Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke Bandar Mesir) dari sebuah pintu, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini) tidaklah dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri.”

Kita juga amat memerlukan kepada kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan ini supaya tidak ditimpa kesusahan di kemudian hari.

Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 47-48: Maksudnya:Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).”

Insaflah, harta adalah alat semata-mata untuk menjamin keselesaan hidup manusia tetapi menjadi wasilah penting dalam mencapai darjat takwa.

Usah kita lupa ujian disebalik harta ini kepada manusia tetapi pada masa sama, kita dituntut agar berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni.

Ini dijelaskan dalam surah Hud ayat 61: Maksudnya:Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Salleh. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

Indahnya ajaran Islam yang menyeru umatnya agar menjadikan nikmat kehidupan sebagai manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW: Mafhumnya: Daripada Ibnu Umar RA, seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan berkata,” Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah? dan apakah amalan yang paling dicintai Allah SWT?” Jawab baginda SAW,” Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk menunaikan keperluannya lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama satu bulan.” (HR Thabrani)

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib mengajak sidang jemaah sekalian menghayati dua rumusan utama iaitu:

Pertama:

Peraturan dan sistem ekonomi Islam menepati fitrah manusia dalam mengharungi perjalanan kehidupan.

Kedua:

Perancangan dan pengurusan yang cekap serta kebijaksanaan mengurus kewangan dapat mengelakkan kehidupan daripada ditimpa kesusahan di kemudian hari.

Ketiga:

Mengurus dan membelanjakan harta adalah amanah Allah SWT dalam mencapai kehidupan yang berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Maksudnya: Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya(Surah Al Baqarah: 261)

Tags: ekonomi, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “ekonomi” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments