mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Memakmurkan Rumah Allah, Bukti Keimanan”.

Petikan Khutbah Jumaat 03 Nov 2017M / 13 Safar 1439H: JAIS

“Memakmurkan Rumah Allah, Bukti Keimanan”.

Masjid menjadi pemangkin kepada pembangunan ummah dan menyuburkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam.

jais.jpgMasjid bukan sekadar tempat beribadah, malah sebagai pusat kegiatan keilmuan yang pernah membentuk para sahabat menjadi pendakwah yang mampu menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat sekitar yang menerima Islam.

Masjid adalah lambang perpaduan ummah dan mempunyai martabat yang tinggi di sisi Allah SWT.

Ia dibangunkan di atas dasar takwa sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 108: “…Sesungguhnya Masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang di dalamnya. Di dalam Masjid itu ada lelaki-lelaki yang suka menyucikan dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri”.

“Rasulullah SAW menyuruh membina masjid-masjid di kawasan penempatan dan menyuruh supaya masjid-masjid itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan”. (Riwayat Abu Daud).

Masjid yang menjadi ruang ibadah khusus masyarakat Islam sewajarnya dijadikan sebagai zon selesa untuk semua yang bebas daripada unsur-unsur yang boleh memecah-belah perpaduan.

Masjid juga perlu mampu menarik masyarakat bukan muslim untuk mendekati Islam sekaligus dapat mengikis tanggapan salah yang sering diperkatakan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 18: “Sesungguhnya hanya yang mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang dia tidak gentar selain kepada Allah. Maka mereka inilah yang diharapkan menjadi dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk”.

Diriwayatkan Abu Said al-Khudri R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa berulang ke masjid, maka saksikanlah, bahawa ia benar-benar beriman”. (Riwayat at-Tirmizi)

Konsep masjid sentiasa di hati sepatutnya menjadi budaya dan amalan setiap ahli kariah agar masjid sentiasa dikunjungi kerana sesungguhnya setiap langkah menuju ke masjid akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.

Hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke rumah Allah untuk menunaikan kewajipan solat, maka setiap langkahnya yang sebelah menghapuskan dosa dan yang sebelah lagi meninggikan darjat”. (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah Jumaat pada hari ini, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam supaya:

1. Umat Islam hendaklah mengimarahkan masjid sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah hadir dan melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan di masjid-masjid.

3. Umat Islam hendaklah menjaga kehormatan masjid dan menunaikan hak-haknya dengan menjaga kebersihan dan keceriaan satu tempat untuk mengukuh ukhwah Islamiah.

“Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan dan (menguatkan) keingkaran (serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga dijadikan tempat intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan mereka bersumpah dengan berkata:" “Tdaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata, padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah pendusta.” (at-Taubah : 107).
Tags: khutbah, masjid
Subscribe

Posts from This Journal “khutbah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments