mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Halal Membawa Berkat”

Petikan Khutbah Jumaat 24 Nov 2017M / 05 Rabiulawal 1439H: JAIS

“Halal Membawa Berkat”.

Allah memerintahkan kita supaya mengambil sumber yang halal dan terbaik , agar pertumbuhan jasad ini tumbuh membesar dari sumber yang halal, yakni yang diredhai Allah, bahkan bukan sahaja halal tetapi baik jais.jpgdalam segala yang berkaitan dengannya. Dari situlah, akan lahir jasad, tubuh badan yang sihat dan akal yang sempurna.

Yang lebih penting dari itu adalah pembinaan hati sebagai penentu kebaikan keseluruhan insan itu.

Benarlah sebagaimana sabda Junjungan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Nu’man Bin Basyir R.Anhu: “Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Makanan dari sumber yang haram atau syubhah hanya akan menggelapkan hati, menimbus segala cahaya dan nilai kebaikan.

Hati akan lebih cenderung kepada sifat atau tingkah laku yang berlawanan dengan kebaikan, ia dikuasai oleh nafsu yang tunduk kepada hasutan syaitan.

Hati yang tumbuh dengan makanan dan sumber yang haram adalah istana bagi sekalian syaitan yang bermaharajalela.

Akhirnya seseorang insan akan tewas dan terjerumus ke lembah dosa, noda dan neraka kerana setiap daging insan yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka sedang menunggunya.

Kita hendaklah mendidik dan mengajar ahli keluarga kita supaya mengutamakan yang halal walau di mana sahaja berada.

Kenalilah Logo Halal yang diiktiraf bagi memastikan produk yang dipilih adalah diyakini sebenar-benarnya halal. Jadikanlah amalan ini sebagai budaya dalam hidup kita.

Bermula dari keluarga akhirnya menjadi budaya dalam masyarakat kita

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 172:  “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”

Yakinlah hanya “dengan halal hidup lebih berkat”, hanya dengan halal hidup dalam rahmat, dengan halal hidup akan lebih selamat, hanya dengan halal negeri akan sejahtera.

Untuk itu kita hendaklah memastikan harta dan sumber rezeki kita adalah halal dan sentiasa menjauhi yang haram

Hadis daripada Abu hurairah R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Akan tiba suatu zaman di mana seseorang manusia itu tidak ambil peduli apa (sumber rezeki) yang dia perolehi, sama ada dari sumber yang halal atau haram”. (Riwayat al-Bukhari).

Mengakhiri khutbah Jumaat hari ini, khatib mengajak umat Islam semua untuk menyedari dan menghayati beberapa taujihat khutbah yang penting supaya diamalkan:

1. Umat Islam wajibah meyakini bahawa mencari yang halal dalam semua aspek adalah perintah yang wajib dipatuhi.

2. Umat Islam hendaklahlah mendidik dan memupuk diri agar sentiasa mengamalkan konsep halalan toiyiban pada setiap waktu dan ketika walau di mana sahaja kita berada.

3. Umat Islam mestilah berusaha membudaya konsep halalan toiyiban dalam masyarakat.

4. Umat Islam yang terlibat dengan perniagaan adalah wajib menyediakan produk dari sumber yang halal lagi baik.

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah : 88).
Tags: berkat, halal, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “berkat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments